PM: PPSMI masih dalam kajian, Kabinet putuskan tahun depan
LANGKAWI, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap
keputusan sama ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan semula atau sebaliknya dapat
diputuskan pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, yang memangku jawatan Menteri Pendidikan, berkata kerajaan sudah menubuhkan satu jawatankuasa kecil untuk meneliti perkara itu dan akan menyediakan kertas cadangan yang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.
Katanya, Kabinet seterusnya akan menentukan sama ada
PPSMI dilaksanakan semula atau membuat keputusan mengekalkan kaedah
pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan.
“Isu PPSMI akan diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Kabinet. Saya tidak boleh buat keputusan...ia mesti dibuat oleh Kabinet,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, di sini, hari ini.
“(Sebelum
ini) saya beritahu kepada pegawai, bukan buat pengumuman (kepada umum
mengenai memperkenalkan semula PPSMI), tetapi entah macam mana ia tiris
dan orang ramai diberitahu bahawa saya telah buat keputusan,” katanya.
Sebelum
ini, Dr Mahathir berkata sebuah jawatankuasa Kabinet telah dibentuk
untuk mengkaji perkara itu memandangkan terdapat tentangan daripada
orang ramai terhadap cadangan berkenaan.
Program Medical Outreach anjuran Langkawi Youth Power Club, Institut Jantung Negara (IJN) dan Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP itu bertujuan menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat. — Bernama
Perdana Menteri, yang memangku jawatan Menteri Pendidikan, berkata kerajaan sudah menubuhkan satu jawatankuasa kecil untuk meneliti perkara itu dan akan menyediakan kertas cadangan yang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.
“Isu PPSMI akan diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Kabinet. Saya tidak boleh buat keputusan...ia mesti dibuat oleh Kabinet,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, di sini, hari ini.
Program Medical Outreach anjuran Langkawi Youth Power Club, Institut Jantung Negara (IJN) dan Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP itu bertujuan menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.