https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhyidin hanya mampu berfantasi kononnya dialah Tokoh Reformasi.

Kalau nak dibandingkan Tg Zafrul, CEO CIMB Group yang baru yang dilantik sebagai Menteri Kewangan berbanding Tan Sri Wahid Omar bekas CEO Maybank yang dilantik Menteri atas tugas tugas khas di EPU(Kementerian Kewangan) waktu era Najib dulu.. Jauh lah lebih baik Intergriti dan keupayaan TS Wahid Omar..

Sudah pasti Maybank yang dipimpin oleh Ts Wahid Omar dengan cemerlang tidak dibayangi dengan skandal 1MDB seperti mana CIMB dan rakan sejawatnya Nazir Razak, adib keapda Najib Razak... Tapi apa yang Ts Wahid Omar dapat lakukan sepanjang berada dalam kabinet Najib ?.. Tidak ada apa yang mampu dilakukan jika tidak ada kekuatan Politik..

Selagi Kerajaan dibayangi dengan Tokoh Politik UMNO yang selama ini berkuasa diatas perbendaharaan negara...Apalagi watak seperti Azmin dan Mustafa Ali.. tidak ada apa yang mampu kita harapkan...

Mungkin Muhyidin hanya mampu berfantasi kononnya dialah Tokoh Reformasi.. Skandal 1MDB berlaku ketika adanya Ts Wahid Omar dalam kementerian kewangan.. tidak ada yang dia mampu lakukan atas kejahatan dan kerakusan orang Politik..

Muhyidin mungkin Mahu jadikan kabinetnya sepertimana kabinet baru Jokowi.. Bagi aku itu hanya cubaan memperdayakan rakyat.. Hakikatnya , Kerajaan barunya adalah Kerajaan yg diperkuatkan kelompok Kleptokrat.. Yang dekat dengan Skandal2 yang lalu...

Reformasi ini satu prinsip Politik yang bukan boleh dibuat buat.. atau dicetak rompak..Boleh dilakonkan di pentas Politik..Hanya mereka yang punya Fikrah dan Perjuangan jelas mampu lakukan perubahan ini..ia memerlukan kekuatan Politik yang memegang prinsip Malaysia baru....

untuk melakukan satu reformasi dan Perubahan..kita memerlukan Tokoh Hebat yang dikenal dan mempunyai jaringan hubungan diperingkat antarabangsa seperti Tun dan Ds Anwar.. Jangan kata Tg Zafrul..hatta Muhyidn sendiri takda kekuatan itu..

Kalau dialihat dari Kontrak YTL dalam Kementerian Pendidikan dulu.. atau Kontrak dan Pinjaman NFC untuk ketua wanita UMNO ketia si fulan itu jadi Menteri Pertanian...Takda perubahan apa yg mampu dilakukan.. yang ada hanya fantasi si Muhyidin.. mana mungkin ada reformasi, Jika Kerajaan dibina atas sokongan Kleptokrasi..

Jika Tg Zafrul itu orangnya Jujur..Dia takkan bertahan lama seperti mana Ts Wahid Omar...
bak kata Abraham Lincoln..

You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time...


Ipohmali

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.