https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemilihan Bersatu:Tun Mahathir Atau Muhyiddin

DR Mahathir Mohamad membayangkan beliau akan bertanding dalam pemilihan Bersatu, yang disifatkannya peluang terbaik untuk ahli parti menentukan pilihan sama ada beliau atau Muhyiddin Yassin yang menerajui parti, lapor Sinar Harian.

Beliau mengakui Bersatu kini sudah berpecah kepada dua kumpulan, namun katanya itu perkara biasa dalam semua parti politik.

“Tidak lama lagi ada pemilihan Bersatu, mungkin dia (Muhyiddin) akan bertanding dan saya juga akan tanding. Kita tengoklah siapa menang tetapi kerajaan tidak akan jatuh.

“Orang yang menyebelahi dia pegang jawatan. Kerajaan tidak jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tidak lagi jadi pemimpin Bersatu,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

Dalam wawancara sama, Dr Mahathir berkata buat masa ini beliau belum bersedia untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin dan pentadbiran kerajaannya walaupun tiada pemimpin Umno yang sedang dibicarakan di mahkamah dilantik ke dalam Kabinet perdana menteri.

“Waktu ini belum boleh bolehlah (beri sokongan). Ini kerana Muhyiddin berkawan dengan orang tidak senonoh, pencuri, penyangak, kleptokrat,” katanya, yang juga pengerusi Bersatu.

Kedudukan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti bagaimanapun jadi persoalan selepas Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata beliau memangku jawatan itu selepas Dr Mahathir letak jawatan pada 24 Februari lalu.

Peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti bagaimanapun dilaporkan ditolak oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuaratnya pada hari yang sama.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya pada 27 Februari mengesahkan Dr Mahathir, selepas berbincang dan menimbang semula perkara tersebut, bersetuju untuk kembali memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Pemilihan Bersatu sejak semalam mula memaparkan borang pencalonan bagi pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi di laman web parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Syed Hamid Albar berkata pendaftaran pencalonan bagi semua jawatan akan diadakan pada Isnin ini, antara 10 pagi dan 3 petang, bertempat di ibu pejabat parti.

Pemilihan akan berlangsung serentak di semua 189 bahagian di seluruh Malaysia pada 18 April, katanya.

Syed Hamid semalam juga memaklumkan sayap Pemuda dan Wanita Bersatu akan mengadakan pemilihan serentak untuk jawatan di peringkat pusat pada 11 April ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.