Hadi Awang pertahan tindakan sekat Rohingya masuk
PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan Putrajaya
baru-baru ini menyekat kemasukan baharu pelarian Rohingya ketika
Malaysia berdepan penularan pandemik Covid-19.
Katanya, ia satu langkah perlu untuk “mencegah mudarat lebih besar” kerana ada dalam kalangan mereka bukan pelarian sebenar tetapi kumpulan yang mengambil kesempatan untuk ke negara lain.
“Maka langkah terkini yang diambil oleh pihak keselamatan menyampaikan bantuan bekalan sepatutnya, di samping menghalang bahtera pelarian masuk ke dalam negara dalam suasana seluruh dunia diserang bencana wabak Covid-19 adalah perkara yang sewajarnya.
“Tindakan itu mengambil kira aspek kemanusiaan dengan menghulurkan bekalan, dan menghalang dengan bersopan kerana maslahat menjaga keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan melalui Harakahdaily.
Tentera udara dan tentera laut Malaysia pada 16 April lalu menyekat percubaan sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian Rohingya untuk masuk ke perairan negara, lebih kurang 130km dari Pulau Langkawi.
Mereka dibekalkan makanan sebelum diiring oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia untuk keluar dari perairan negara.
Tindakan itu dikritik oleh beberapa pertubuhan hak asasi manusia serta wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Eric Paulsen sebagai tidak berperikemanusiaan.
Episod itu kemudian mencetuskan pelbagai kenyataan dan ucapan berbaur perkauman dan kebencian di media sosial yang mengecam pelarian Rohingya, termasuk melalui program bual bicara di saluran radio agensi berita nasional Bernama.
The Malaysian Insight hari ini melaporkan kelompok Rohingya di Malaysia kini hidup dalam ketakutan diancam nyawa dan keselamatan susulan sentimen kebencian yang ditiup terhadap mereka kebelakangan ini.
Hadi bersama pemimpin PAS pada 2016 menyertai pimpinan Umno mengadakan satu rapat umum sebagai solidariti kepada etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.
Menurut Hadi, Malaysia isu yang melibatkan pelarian Rohingya harus dilihat secara menyeluruh dan bukan serpihan.
Beliau yang dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Asia Barat baru-baru ini berkata sebelum adanya piagam antarabangsa, Islam sudah mengajar penganutnya melindungi mangsa kezaliman tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.
Namun katanya, dunia tidak boleh berterusan menghalalkan tindakan Myanmar membuka pintu menghalau etnik Rohingya sebagai pelarian.
“Menerima pendatang adalah tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan negara Malaysia sahaja,” kata Hadi.
Beliau juga berkata perlu ada tindakan untuk memastikan etnik Rohingya ini boleh kembali ke tanah air asal mereka.
Myanmar sejak 1962 bagaimanapun tidak mengiktiraf Rohingya sebagai rakyatnya biarpun mereka tinggal berzaman di wilayah Arakan, sebuah negara mereka pada kurun ke-18.
Jelas Hadi, isu pelarian Rohingya memerlukan tindakan antarabangsa ke atas Myanmar, sama sepertimana dunia menangani konflik di wilayah lain misalnya Palestin, Bosnia, dan Kashmir.
Beliau juga bertanya kenapa tiada tindakan ketenteraan ke atas Myanmar seperti yang dilakukan dalam krisis di Bosnia, Iraq, Syria dan Afghanistan.
“Mengapa tidak dilakukan perkara sama terhadap Myanmar yang lebih kejam terhadap rakyat sendiri?” katanya.
Dalam pada itu, Hadi mengkritik pihak yang “hanya pandai mengkritik” tetapi tidak mengkaji sejarah dan memahami isu.
“Semua pihak yang hanya pandai mengkritik sepatutnya menyuluh diri sendiri terlebih dahulu dan mengkaji sejarah di tempat asal mereka, bagaimana cara bertindak terhadap pelarian dan apakah layanan mereka terhadap pendatang.
“Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa, laksana panglima ayam jantan yang hanya kuat berkokok sahaja,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan pihak yang dimaksudkan dengan kritikannya itu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.