Armada: PN gabungan sementara atau bertahan hingga PRU?
Pemuda Bersatu (Armada) mempersoalkan apakah pembentukan Perikatan
Nasional (PN) akan menyaksikan gabungan itu berganding bahu pada pilihan
raya kecil Dun Chini dan pilihan raya umum akan datang.
“Paling mustahak, adakah Perikatan Nasional akan bergerak secara rasmi ataupun masih lagi menggunakan gabungan lama Muafakat Nasional menjelang PRK DUN Chini?” kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu,
enam pemimpin dari Bersatu, BN, PAS, GPS dan dua parti dari Sabah hari
ini menyatakan sokongan terhadap PN dan mengumumkan memorandum
persefahaman yang telah dipersetujui bersama.
Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan.
Sementara
itu, Armada juga menuntut penjelasan sekiranya beberapa kerusi yang
kini disandang pemimpin Bersatu yang dilihat sehaluan dengan Muhyiddin
akan dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.
Sayap
parti Bersatu itu berkata demikian susulan memorandum persefahaman
Perikatan Nasional (PN) yang dipersetujui Bersatu, BN, PAS, GPS dan dua
parti berasaskan Sabah hari ini.
“Armada ingin kepastian sama ada
PN adalah gabungan yang dipersetujui untuk berganding bahu untuk pilihan
raya umum (PRU) ke-15 ataupun gabungan yang sementara yang hanya akan
bertahan sehingga PRU yang seterusnya?”“Paling mustahak, adakah Perikatan Nasional akan bergerak secara rasmi ataupun masih lagi menggunakan gabungan lama Muafakat Nasional menjelang PRK DUN Chini?” kata kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, PRK Chini akan diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu.
Pada 14 Mei lalu, pemimpin Umno Annuar Musa mengumumkan BN akan menggerakkan jentera Muafakat Nasional pada PRK berkenaan.
Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan.
Bersatu kini dilihat berpecah antara
kumpulan menyokong Muhyiddin dan pengerusi parti itu, Dr Mahathir
Mohamad susulan krisis politik yang berlaku pada penghujung Februari
lalu.
Krisis politik selama seminggu itu menyaksikan
Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dilantik sebagai perdana menteri
bagi menggantikan Mahathir yang meletakkan jawatannya selepas mendapat
perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Armada kini dipimpin oleh ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dianggap sehaluan dengan Mahathir.
Sebelum ini, kumpulan yang menyokong Mahathir berpendapat PAS dan Umno tidak mungkin sanggup berkongsi kerusi tradisional yang ditandingi mereka.
Armada
berkata ini termasuklah kerusi yang ditandingi bekas pemimpin Umno,
Hamzah Zainuddin dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang kini telah
menyertai Bersatu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.