https://critoxium.com/shop/

Terkini

Helah Muhyiddin untuk elak diri dari Usul Undi Tidak Percaya.

Oleh Abd Malek Hussin

 Hari Isnin, 18 Mei 2020, Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas berlangsung.‬
‪Biasanya disebut Mesyuarat “bersidang” bukannya “berlangsung”. 

Ini kerana PM meminda panggilan Mesyuarat hanya untuk mendengar Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, dan tiada persidangan selepas Titah Diraja. ‬

‪Kerajaan berhelah memendekkan Mesyuarat Pertama dengan alasan penularan wabak COVID-19.‬
‪Semua MP wajib hadir  atau mereka menghadapi risiko kerusi diisytiharkan kosong kerana tak hadir mesyuarat Parlimen lebih dari enam bulan.‬

‪Menurut Perkara 52(1) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang Ahli Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Majlis Parlimen itu, maka Parlimen itu boleh mengisytiharkan bahawa kerusinya kosong.‬

‪Risiko ini amat tinggi kerana tempoh enam bulan itu berakhir pada 5 Jun 2020, manakala Penggal berikutnya akan hanya bermula pada bulan Julai 2020.‬

‪Lebih mencemaskan ialah bagi mana-mana Ahli Parlimen yang gagal hadir sesi Ujian Saringan COVID-19 pada 14-15 Mei 2020 di Parlimen Malaysia. ‬

‪Sekiranya gagal hadir sesi saringan COVID-19 itu, Ahli Parlimen itu tidak dibenarkan hadir Majlis Istiadat Pembukaan Parlimen pada 18 Mei 2020. Ia boleh disifatkan sebagai tidak hadir Majlis Parlimen, dan terdedah kepada risiko kerusi dikosongkan.‬

‪Tiada maklumat setakat ini, samada terdapat mana-mana Ahli Parlimen yang gagal hadir Ujian Saringan tersebut.‬

Seperkara lagi, aku ingin menyentuh mengenai kenapa Kerajaan tidak menggunakan teknologi elektronik bagi mengatasi hanya bermesyuarat 1 hari kerana COVID-19.

‪Aku menyemak laman Inter-Parliamentary Union (IPU), kesatuan antarabangsa parlimen negara-negara dunia.‬

‪Ketika musim COVID-19 ini kebanyakan Parlimen di dunia mengatasi halangan bermesyuarat dengan menggunakan teknologi elektronik seperti Zoom, Microsoft Teams, Cisco Webex, Skype dan Jitsi untuk mengadakan persidangan parlimen menerusi video conferencing.

‪Bukan sahaja negara-negara maju teknologi seperti United Kingdom, Perancis dan Ukraine, malah Angola, Chile, Liechtenstein dan Uzbekistan turut menggunakan teknologi elektronik bagi video conferencing persidangan parlimen di musim COVID-19 kini.‬

‪Kerajaan Malaysia di bawah PM Muhyiddin Yassin berundur ke belakang. Tanpa fikiran memandang ke hadapan, Muhyiddin bataskan Parlimen kepada hanya 1 hari tanpa persidangan penuh.‬

‪Sukar diterima Malaysia tiada teknologi elektronik untuk bermesyuarat Parlimen. Setiap hari terpapar di media sosial, mesyuarat-mesyuarat badan antarabangsa, pelbagai Kementerian, agensi kerajaan, swasta, parti-parti politik, NGO dan rakyat biasa menggunakan teknologi elektronik semasa penularan COVID-19.‬

‪Mustahil Parlimen Malaysia tak boleh memanfaatkan teknologi elektronik untuk bermesyuarat dan bersidang penuh.‬

‪Selama mana rakyat mahu diperbodohkan dengan alasan bodoh Kerajaan. ‬Umum ketahui ini cuma helah Muhyiddin untuk elak diri dari Usul Undi Tidak Percaya.

‪Dengan sebegitu meluasnya penggunaan teknologi elektronik di dunia, masalahnya bukan COVID.‬
‪Kerajaan tidak inovatif, tiada idea dan tak memanfaatkan kecanggihan teknologi. Kerajaan Muhyiddin menjadi buntu bagaikan mati otak.‬

The primary cause of the problem is not COVID, but simply the government is STUPID.‬

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.