PADA 26 Februari 2020, dalam satu sidang media khas, Dr Mahathir
Mohamad selaku perdana menteri interim, dengan jelas menyatakan cadangan
beliau untuk mewujudkan kerajaan campuran sebagai penyelesaian krisis
politik pada ketika itu.
Cadangan beliau ditolak oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 27 Februari 2020. Perbezaan pendirian politik ini sudah jelas. Kemudian,
pada 1 Mac 2020, Dr Mahathir juga menempelak Anwar Ibrahim sebagai
orang yang “gila-gila” mahu jadi perdana menteri sedangkan jumlah
sokongan terhadapnya tidak mencukupi.
Pada masa sama, PH terus dengan pendirian untuk mengekalkan Anwar
sebagai calon PM mereka. Perbezaan politik ini bertambah jelas.
Dalam semua kedudukan perbezaan yang bertambah-tambah jelas ini, pada
17 Mei lalu PH masih dilihat bersama dengan Dr Mahathir dalam mesyuarat
pimpinan PH dan selepas itu mengeluarkan kenyataan bersama dan memberi
keutamaan mengambilalih kuasa daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Isu pertama yang perlu diberi perhatian, mengapa pimpinan PH
meletakkan keutamaan politik ini di tengah-tengah kegawatan pandemik
koronavirus dan darurat ekonomi yang boleh membawa persepsi yang salah
kepada rakyat terhadap keutamaan pimpinan PH ketika ini.
Kita mempunyai masa sekitar dua atau tiga tahun untuk mempersiapkan
agenda dan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Pada masa ini, sebaiknya PH mengutamakan usaha memperkukuhkan
organisasi parti dan pada masa sama, PH perlu membantu memperbaiki
keadaan rakyat.
Selain itu, PH boleh terus mendesak kerajaan PN untuk menghormati
demokrasi khususnya berhubung dengan perjalanan mesyuarat sidang Dewan
Rakyat yang lebih telus dan adil.
Isu kedua, berdasarkan senario pendirian politik Dr Mahathir dan PH
mengenai kerajaan campuran dan kelayakan Anwar sebagai calon PM, justeru
apakah status hubungan PH dan Dr Mahathir ketika ini?
Perkara ini perlu digariskan dengan jelas memandangkan dalam sidang
media terbaru selepas sidang Parlimen semalam, Dr Mahathir mendakwa
partinya Bersatu masih kekal dalam PH sedangkan pada masa yang sama Bersatu bersama presidennya Muhyiddin Yassin telah menjadi kerajaan dan sedang memeterai memorandum persefahaman dengan Umno dan lain-lain parti.
PH harus tegas untuk segera menamakan calon PM jika benar-benar
berhasrat mahu menuntut kembali kuasa dari kerajaan PN.
Sekurang-kurangnya, PH tidak lagi terjerat seperti sebelumnya dalam
masalah peralihan kuasa.
Saya menyifatkan gerak politik PH pada hari ini akan menjerumuskan
perjuangan ahli-ahli dan penyokong parti ke suatu tahap yang penuh
dengan ambiguiti politik.
Kekaburan ini mengundang kekeliruan dan akhirnya akan memberi kesan terhadap keyakinan rakyat kepada PH itu sendiri.
Masa yang terbaik untuk PH memperbaiki kelemahan, bekerja untuk
mengembalikan keyakinan rakyat dan peluang untuk menonjolkan pimpinan
baharu, janganlah disia-siakan dengan politik yang penuh dengan
ambiguiti.
Kita tidak mahu hasil mengkhianati usaha.
Jernihkan ambiguiti politik Pakatan
Reviewed by editorreformis
on
Mei 19, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.