Jangan Meraung Jika Kita Pulak terkena Akan Datang
Oleh Mohd Azrul Azuan
Ini tulisan akhir kot pasal politik di 10 hari akhir Ramadhan ni. Setiap kali saya menulis komen politik yang melawan arus kebiasaan, ada datang 3 jenis komen yang tipikal :
1. Terus tuduh saya ni orang parti lawan. Ini biasa. Bila kritik PN, kena tuduh balaci DAP, RBA. Bila kritik PH, kena bantai walaun.
2. Kita sebagai ahli, ikut sahaja apa yang pemimpin putuskan. Maaf, saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Ini medan demokrasi, sesiapa boleh bersuara tentang apa yang dilakukan pemain demokrasi. Tak perlu anggap tulisan saya sebagai tulisan ahli, cukup anggap tulisan seorang rakyat marhaen biasa.
3. Komen yang mengheret perbincangan panjang lebar, tapi tak ada isi. Akhirnya kembali nak saya bersetuju dengan perkara yang saya kritik.
Point utama penulisan saya semalam adalah seperti berikut :
1. Pembentukan kerajaan atas sebab YB melompat tak perlu diraikan mcm menang pilihan raya. Ia bukan satu kejayaan pun.
2. Ironi sangat bila kita menerima Adun lompat bersama kita, dalam keadaan dulu kita pernah merana sebab masalah lompat ni. Kes Perak 2009, penubuhan Amanah 2016. Kita pernah mengeluarkan pelbagai hujah dan dalil menentang lompat parti. Hujah menentang lompat parti hingga runtuh kerajaan pun kita pernah keluarkan. Kot-kot hari ni kita menerima mereka yang lompat ini untuk menubuhkan kerajaan. Kontradik sungguh.
3. Ini bukan persoalan salah mereka yang lompat, atau salah mereka tak pandai jaga Adun hingga dia melompat. Ini soal kita, pendirian kita, prinsip kita. Di manakah pendirian kita dalam menerima Adun melompat hingga tubuh kerajaan sebab kita pernah merana dan mengkritik keras Adun melompat hingga kerajaan kita jatuh.
4. Budaya lompat parti untuk tubuh kerajaan ni digambarkan akan terus berlaku untuk beberapa negeri lagi. Sumber PN sendiri mengatakan perkara ni. Dikatakan ia sebagai usaha mengukuhkan PN. Maka, adakah menerima Adun lompat parti untuk tubuh kerajaan ini menjadi satu fokus PN? Adakah ianya melambangkan satu budaya politik yang baik untuk dibudayakan?
5. Kita boleh tangkis dengan 1001 alasan dan hujah untuk mewajarkan apa yang berlaku di Kedah. Tetapi sejarah dah mencatatkan kita menubuhkan kerajaan asbab dari Adun melompat. Dulu kita terkena di Perak, sekarang kita pulak buat di Kedah. So, jangan sesekali kita bising jika akan datang kita pulak kena di mana-mana negeri, sebab kita secara praktikal dan prinsip dah bersetuju dengan penubuhan kerajaan atas sebab lompat parti.
6. Kita telah membentuk satu pembudayaan pertukaran kerajaan yang tidak melalui pilihanraya. Adun yang menang bebas untuk buat percaturan sesuka hati nak tubuh kerajaan dengan siapa.
Walaupun kita boleh berhujah ianya tetap dalam lingkungan demokrasi, tetapi kita kena akui ianya mempermainkan fungsi pilihan raya di mana rakyat seharusnya yang memilih kerajaan apa yang mereka mahukan.
Jadi, jangan hairan jika akan datang rakyat muak untuk ambil tahu atau menyertai politik, kerana bagi mereka, mereka tiada fungsi pun. Ahli politik juga yang berkuasa akhirnya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.