Tidak amal penjarakan sosial, Najib sindir Teresa
KUALA LUMPUR, Tindakan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh
Sim mengambil foto bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dan beberapa wakil rakyat lain ditegur Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri
Najib Razak.
Najib mengkritik tindakan Teresa yang didakwa tidak mematuhi penjarakan sosial ketika hadir di sidang Dewan Rakyat, hari ini.
“Saya saran Teresa naikkan dos sawit kepada lima sudu sehari. Satu sudu sudah lama terbukti tidak cukup untuk dia.
“Agaknya ada apa yang tak kena dengan akal Teresa Kok ni?” soal Najib di Facebook.
Teresa
memuat naik foto tersebut di laman sosial menunjukkan dirinya tidak
mengenakan penutup hidung dan mulut selain berdiri terlalu dekat antara
satu sama lain.
Hari ini, Ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan, pembangkang atau bebas hadir di Dewan Rakyat bagi istiadat Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
“Saya saran Teresa naikkan dos sawit kepada lima sudu sehari. Satu sudu sudah lama terbukti tidak cukup untuk dia.
Hari ini, Ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan, pembangkang atau bebas hadir di Dewan Rakyat bagi istiadat Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.