Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin "berhak" menjadi pemangku pengerusi
parti, setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan
kepada Muhyiddin pada 24 Februari.
Dalam surat bertarikh 5 Mei, ROS mengatakan penilaian ini berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.
"Berdasarkan
dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS
mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu oleh
Muhyiddin, presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuat kuasa
selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan
pemilihan pengerusi baru,” menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.
Surat itu memetik Artikel 16.9 perlembagaan parti untuk keputusan berkenaan.
Ia
menetapkan bahawa jika pengerusi itu mengundurkan diri atau dipecat
daripada parti, presiden akan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi
sehingga pengerusi baru dipilih.
Surat itu ditujukan kepada setiausaha kerja Bersatu, Suhaimi Yahya untuk menjawab pertanyaannya mengenai perkara itu pada 1 Mei.
Ketika dihubungi, jurucakap ROS mengesahkan bahawa surat itu sah.
Sebelum
ini, Mahathir telah mengundurkan diri sebagai perdana menteri dan
pengerusi Bersatu pada 24 Februari, setelah parti itu menentangnya dan
Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk
Perikatan Nasional (PN).
Tidak lama selepas meletakkan jawatan,
Bersatu telah meyakinkan Mahathir untuk terus memegang jawatan pengerusi
parti dan mengumumkan beliau akan kekal memegang jawatan itu.
Bagaimanapun,
mereka kemudian gagal meyakinkan Mahathir untuk menyertai PN dan kem
Muhyiddin kemudian mengenepikan pengumuman sebelumnya agar Mahathir
kekal sebagai pengerusi.
Susulan perselisihan dengan Mahathir, kem
Muhyiddin menyatakan bahawa parti itu tidak dapat menolak pengunduran
Mahathir justeru peletakan jawatan sebagai pengerusi sebelum ini tetap
diambil kira.
Dalam
responsnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Abu Bakar
Yahya mempersoalkan tindakan ROS yang "mengesahkan" Muhyiddin Yassin
sebagai pemangku pengerusi, dan mendakwa perkara itu sepatutnya
diputuskan dalam parti.
"ROS tak ada hak untuk katakan Muhyiddin
berhak menjadi pemangku pengerusi Bersatu. Yang berhak untuk berbuat
demikian ialah lembaga disiplin parti yang keputusannya turut
dipersetujui dari MPT dan Bersatu," katanya kepada Malaysiakini.
Abu Bakar turut membangkitkan kedudukan Mahathir yang sebelum ini dilaporkan menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi, selepas menjadi satu-satunya calon untuk bertanding jawatan itu.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar pada 16 Mei lalu.
ROS: Peletakan jawatan Dr M sah, Muhyiddin berhak jadi pemangku pengerusi
Reviewed by editorreformis
on
Mei 20, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan Mahmood al-Hafiz diumum menyertai AMANAH pada sambutan ulang tahun parti itu kali ketiga di ...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.