Kedai judi boleh buka, masjid kekal tutup, PAS kena perli
PAS menjadi sasaran kritikan pengguna media sosial ekoran keputusan
baharu kerajaan Perikatan Nasional yang masih menyekat kegiatan di
masjid Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ini memandangkan, hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi bawah perintah itu, termasuk kedai judi dan kedai arak yang menjadi sasaran protes PAS sejak sekian lama.
Pengguna media sosial juga menjadikan PAS sebagai bahan jenaka kerana melihat pemimpin parti itu reda dengan keputusan tersebut tanpa memberi apa-apa reaksi bantahan.
Mereka antara lain menyiarkan semula gambar protes kumpulan PAS ke atas satu premis kedai nombor ramalan di kawasan Mahfuz Omar selepas ahli Parlimen Pokok Sena itu masuk parti Amanah.
Antaranya, pengguna Twitter dengan nama @asyrafi yang membangkitkan bahawa perkembangan itu menunjukkan cara syiar Islam berkembang apabila Perikatan berkuasa.
“Syiar Islam di bumi Kitol. Tahi judi didahulukan, masjid tutup tak apa,” katanya.
Seorang lagi pengguna, @nazirhf berkata beliau melihat PAS membisu apabila isu tersebut timbul dan mengaitkan dengan pelantikan ramai pemimpin parti itu ke jawatan utama syarikat berkaitan kerajaan.
“PAS semenjak dua menjak ini senyap sahaja. Seronok dia jadi penumpang. Gula-gula dapat, orang lain kena maki,” katanya.
Seorang lagi @ikhmal_ikhqoi menuntut menteri hal ehwal agama Zulkifli Mohamad untuk menyatakan pendirian di sebalik keputusan tersebut.
“YB Menteri. Kenapa kedai 4D boleh buka tapi masjid masih tutup waktu PKPB ini?” soalnya.
Pengguna Twitter juga membangkitkan, parti seperti DAP akan dikecam teruk sekiranya keputusan menutup masjid dilakukan sewaktu pentadbiran parti tersebut.
“Bayangkan jika kerajaan DAP kata ‘Boleh main golf tapi masjid tutup’. Tapi tak apa sebab sekarang DAP tak ada dalam kerajaan,” kata @DrJasonLeong.
Kritikan itu muncul bersama gambar menunjukkan petugas kedai nombor ramalan sedang membuat persiapan bagi membuka semula perniagaan.
Gambar itu menujukkan petugas kedai judi tersebut memas
ang tanda di lantai premis, dipercayai bagi mematuhi penjarakan sosial untuk membolehkan mereka beroperasi.
Kedai nombor ramalan tidak dinyatakan sebagai operasi yang masih dilarang – seperti solat berjemaah di masjid – sewaktu PKPB berkuatkuasa esok.
Solat jemaah pula digariskan sebagai salah satu jenis kegiatan keagamaan dan perhimpunan yang dilarang, termasuk perarakan dan sambutan hari raya dengan keluarga jauh.
Turut dilarang, majlis sosial, kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan jabatan kerajaan dan swasta serta semua perasmian dan perhimpunan.
Kegiatan sosial lain yang dibenarkan sewaktu PKPB bermula Isnin termasuk kegiatan sukan luar yang tidak melibatkan sentuhan dan perkumpulan, seperti berbasikal, golf dan berlari.
Tindakan kerajaan yang masih tidak membenarkan operasi di masjid itu turut meraih kritikan parti Amanah, melalui naib presidennya Mujahid Yusof.
Bekas menteri hal ehwal agama itu berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sepatutnya mempertimbangkan agar surau di taman perumahan dalan zon hijau dibenar beroperasi.
Katanya, rumah ibadat itu sepatutnya boleh dibenar beroperasi dengan syarat ketat seperti dikenakan ke atas premis perniagaan seperti restoran.
Katanya surau dan masjid perlu dibuka agar umat Islam menjalan solat berjamaah terutama di bulan Ramadan kerana “pengunjung surau boleh lebih berdisiplin berbanding dengan pengunjung restoran.”
Dalam kenyataan disiarkan portal Malaysia Dateline, Mujahid juga bersetuju agar perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat tidak dibenarkan.
Mujahid juga mencadangkan agar solat terawih dibenarkan dengan hanya empat rakaat sahaja tanpa tahmid dan wirid bagi menjadikan ibadat itu cepat selesai dan mengurangkan risiko jangkitan.
Selain itu, suhu badan kariah juga boleh dirakam untuk mengesan individu bergejala Covid-19, katanya.
Pengusaha perniagaan seperti restoran diwajibkan merakam suhu badan pengunjung dan juga nama, serta nombor telefon setiap individu yang makan di restoran bermula Isnin.
Individu yang membeli makanan bungkus untuk dibawa pulang pula dikecualikan dari syarat tersebut.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob minggu lalu berkata kerajaan akan memutuskan kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat.
Katanya prosedur operasi seperti penjarakan satu meter akan dibincang bagi amalan ibadah seperti solat tarawih dan solat Jumaat dalam mesyuarat khas Kabinet berkenaan bagi pelaksanaan PKP.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.