https://critoxium.com/shop/

Terkini

Menteri Miti jangan jahanamkan pekerjaan

NUFAM berpendapat kenyataan oleh Menteri Miti Azmin Ali sebagai tidak akan memberansangkan ekonomi di dalam negara.

Gambaran yang diberi oleh beliau melalui satu kenyataan seolah olah menampakan tidak ambil sikap peduli kepada golongan pekerja di dalam negara.

Beliau seolah olah juga mahu menunjuk kepandaian dengan memberi kenyataan yang bersikap “egoistik serta menguris hati kaum pekerja” ketika negara ini masih dilanda oleh wabak Covid-19.

Nufam menyifatkan kenyataan beliau sebagai kurang bijak dan tidak berprikemanusiaan.

Dimanakah sikap keprihatinan beliau sebagai wakil rakyat yang sepatutnya membantu kaum pekerja yang telah ramai dihentikan pekerjaan semasa wabak Covid19 berlaku?

Kenyataan beliau juga seolah olah memberi satu impak negatif kepada negara yang maju. Ia juga menunjukan beliau tidak ada sikap mahu ambil peduli dengan hal pembuangan pekerjaan di dalam negara.

Adakah beliau sedar beratusan ribu pekerja telah dihentikan dan akan terus  terjejas melalui perlaksanaan PKP sejak sebulan yang lalu?

Dengan memberi idea untuk menghapuskan sistem pekerjaan melalui automasi, beliau pula membuat kenyataan yang tidak tepat pada masanya.

Sebagai Menteri beliau harus sedar tidak semua industri pekerjaan juga boleh diautomasikan dengan sepenuhnya.

Seperti industri penerbangan, bukan semua bahagian boleh beralih ke sistem automasi penuh kecuali sistem bagasi dan pengeluaran tiket.

Itu pun tidak semua boleh bergantung kepada sistem automasi kerana ada kalanya sistem juga mempunyai masalah teknikal yang akan membawa lebih kerugian kepada syarikat.

Ambil contoh apa yang berlaku di lapangan terbang KLIA tahun lepas, pihak MAHB dan syarikat penerbangan telah mengalami kerugian besar apabila sistem automasi lapangan terbang itu gagal berfungsi selama beberapa minggu.

Kita seharusnya mengelak dari bergantung sepenuh kepada sistem digital dan automasi. Tidak semua yang boleh membawa kesan positif.

Kenyataan beliau juga seolah olah mahu membela lebih kepada  syarikat di dalam negara dan mengajak mereka agar beralih kepada sistem automasi dan digital dan mengurangkan kebergantungan terhadap sistem “pekerjaan manusia”.

Ini juga memberi satu gambaran negatif bahawa kerajaan akan menyokong dengan pengurangan pekerja di sektor dan industri dalam negara.

Sebagai seorang Menteri ekonomi, beliau juga harus sedar kenyataan beliau boleh membimbangkan dan membangkitkan kemarahan kaum pekerja di dalam banyak sektor industri kita.

Kesatuan kami gesa beliau jika tiada idea atau kenyataan yang bernas, janganlah cuba membuka mulut dan cuba tunjuk sikap pandai”. Ia sebaliknya akan membawa kesan negatif dan masalah kepada negara nanti.

Sebagai wakil rakyat dan pemimpin yang telah dipilih oleh ramai kaum pekerja, beliau harus bersikap lebih sensitif terutama sekali apabila kementerian beliau bertanggungjawab untuk menaikan ekonomi semula setelah krisis wabak Covid-19 selesai.

Beliau juga harus fokus bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi negara dan menambahkan lebih pekerjaan, bukan untuk merosakan masa depan dan sistem pekerjaan di dalam negara.

Kesatuan Nufam juga menyokong penuh kenyataan yang telah dibuat oleh MTUC yang telah membidas kenyataan beliau.

* Sekretariat Nufam.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.