Kembali bersama PH satu-satunya pilihan PPBM, kata Mukhriz
PETALING JAYA: Kembali bersama Pakatan Harapan (PH) merupakan
satu-satunya pilihan yang ada buat PPBM bagi memastikan parti itu terus
mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan
Presiden PPBM Mukhriz Mahathir.
Dalam satu kenyataan Mukhriz bekata, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan jelas apakah PPBM akan menentang Muafakat Nasional (MN), gabungan yang wujud antara Umno dan PAS, dan apakah Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti akan dilantik semula sebagai perdana menteri.
“PPBM hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai 2 bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang ‘tidak wujud’ itu sangat pahit bagi PPBM hingga ke akar umbi.
“Ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang dianggotai PPBM sudah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi PPBM diperkudakan dan diperkotak-katikkan mana-mana pihak,” katanya.
Mukhriz pada masa sama turut meminta penjelasan jelas daripada
Muhyiddin berhubung persoalan yang timbul dalam kalangan ahli parti dan
mengapakah perdana menteri itu tidak menunaikan janji dibuatnya,
khususnya membabitkan asas PPBM meninggalkan PH sebelum ini.
“Soalan-soalan ini juga berlegar didalam benak pemikiran setiap ahli PPBM dan sekiranya tidak dijawab maka ia menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan. Ramai ahli PPBM ingin tahu adakah benar kerjasama politik antara MN dan PPBM hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar.
“Tidakkah PPBM berhak untuk berunding agihan kerusi dengan Umno dan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 nanti. Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan PPBM di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti,” katanya.
Menurut Mukhriz, semua pihak maklum bahawa Umno, PAS dan PPBM merupakan parti politik yang mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Bahkan asas politik bagi ketiga-tiga parti ini juga adalah sama, iaitu masyarakat Melayu di kawasan luar bandar.
“Sudah tentu PPBM, Umno dan PAS berhasrat bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut. Sememangnya semua parti ini sudah bertembung di kawasan sama pada PRU14. Apakah peluang PPBM untuk menang kerusi ditandingi jika ia akan berdepan dengan Umno atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan.
“Jika PPBM sebenarnya tidak bersama MN dan tidak juga bersama PH, apa logiknya PPBM boleh menang di mana-mana kawasan sekalipun. Adakah PPBM berupaya mempertahankan semua kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya?” katanya.
Mukhriz berkata, berdasarkan beberapa kenyataan dikeluarkan pemimpin Umno seperti Timbalan Presiden Mohamad Hasan; Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan beberapa individu lain secara jelas memberi gambaran bahawa Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak wujud.
Memandangkan sehingga ke hari ini masih tidak ada perjanjian rasmi di antara Umno, PAS dan Barisan Nasional bersama PPBM untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan kerajaan PN.
“Angkuh dan sombong, itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin Umno terhadap PPBM, yang tidak menggambarkan kesepakatan dan menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar kerajaan PN di peringkat persekutuan dan beberapa negeri,” katanya.
Beliau turut memberi bayangan, apakah menteri Kabinet yang ada di dalam PPBM terpaksa menentang beberapa menteri Kabinet daripada parti Umno, seperti yang berlaku di Parlimen Ketereh, membabitkan Annuar Musa dan Mohd Radzi Md Jidin.
“Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihan raya nanti atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai kerajaan PN. Usahkan menteri, bagaimana dengan nasib Muhyiddin sendiri.
“Adakah beliau akan masih dipilih sebagai perdana menteri selepas PRU15. Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini?
“Apakah yang menyebabkan PPBM sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Ya, benar presiden PPBM adalah perdana menteri tetapi perlu diingatkan bahawa perdana menteri sebelum ini pun dari PPBM juga,” katanya merujuk kepada penasihat parti itu Dr Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.