MB baharu Kedah pernah cadang beri kerakyatan kepada pelarian Rohingya
Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor pernah
mencadangkan agar rakyat Malaysia berkongsi kekayaan negara ini dengan
memberi taraf kerakyatan kepada pelarian Rohingya.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkenaan berkata, pemberian kewarganegaraan itu membolehkan etnik tersebut menikmati pelbagai kemudahan termasuk kesihatan dan pendidikan di negara ini.
“Saya yakin 70,000 orang (pelarian Rohingya) yang datang dalam dalam keadaan tertindas, tertekan, dihalau dan sedang diburu untuk dibunuh; tidak mungkin rakyat Malaysia untuk sanggup berkongsi negara ini.
“Saya fikir tidak salah untuk kita beri kerakyatan (kepada Rohingya) sehingga ke tahap-tahap itu. Beri kerakyatan sehingga ada tempoh-tempohnya boleh kembali ke Arakan.
“Saya fikir kita tidak terlalu kedekut untuk membantu manusia lain dengan sedikit pengorbanan yang kita boleh buat.
“Kerakyatan khas kepada etnik Rohingya di Malaysia dan dengan kerakyatan itu ia ada hak untuk akses kepada kesihatan, pendidikan, undang-undang, perlindungan diri dan keluarga mereka,” jelasnya dalam Bicara Harakah, “Isu Kemanusiaan Rohingya” pada 23 Mac 2017.
Sanusi yang ketika itu Ketua Delegasi Pas Misi Kemanusiaan Rohingya berkata, pihaknya juga menyokong usaha membina beberapa sekolah di Kedah dan Pulau Pinang untuk pendidikan pelarian tersebut.
“Tak mungkin rakyat Malaysia tak sanggup berkongsi kekayaan dengan berpuluh ribu Rohingya yang ditindas. Kita bina beberapa buah sekolah di Kedah untuk menyusun pendidikan buat anak-anak Rohingya.
“Ini satu usaha yang sangat sangat sangat baik sangat patut diberi dokongan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya fikir ini cara tangani isu Rohingya untuk jangka panjang,” kata bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah bermula Mei 2018 itu.
Sanusi yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu juga berkata, Pas dengan pengalaman yang dimiliki akan membina rangkaian dengan pertubuhan peringkat antarabangsa dalam usaha membantu pelarian Rohingya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.