https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Nah duit aku curi, lepas ini jangan ambil tindakan pada aku”

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa keliru berkenaan keputusan mahkamah terhadap anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul.

“Perasaan keliru saya berkenaan keputusan seorang telah curi duit tapi caj terhadap dia ditarik balik kerana dia bagi duit,” katanya.

Mahathir juga melahirkan rasa bimbang pada masa hadapan apabila seseorang pencuri yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah tetapi dilepaskan kerana duit yang dicuri itu dipulangkan semula.

“Di masa hadapan ada orang pencuri ditangkap dihadap ke mahkamah, “tapi tak apalah duit yang saya curi saya bagi balik,” katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik di Facebook semalam.
Bahkan beliau tidak mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi khuatir kerana masih ramai lagi pencuri di dalam negara ini.

“Jika kita pegang pada asas ini, pencuri akan terlepas, dia curi berbilion-bilion kemudian dia bawa balik dengan lori dan bagi pada kerajaan.

“Nah duit yang aku curi lepas ni jangan ambil tindakan pada aku, kita pun cakap tak apalah dah bagi balik duit, oklah,” ujarnya.

Beliau tidak menolak ada kepentingan di masa hadapan sama ada penjenayah yang terbesar curi duit banyak tiba- tiba bayar duit balik kemudian lepas begitu sahaja.

“Saya berasa susah sikit, saya tidak soal mahkamah buat keputusan saya seorang wakil rakyat yang terlibat dalam pembentukan undang-undang dan berharap undang-undang berkesan untuk tujuan tertentu.

“Kalau kamu curi kemudian bagi balik kemudian lepas. Kalau macam ini undang-undang saya fikir kena pinda undang-undang.

“Terpulang pada Dewan Rakyat, mungkin tak bersetuju sebab pembangkang sahaja yang membantah pihak kerajaan tidak bangkang.

“Pembangkaang selalu persoal, kami mewakili rakyat sebenarnya pilih kami untuk jadi kerajaan sekarang kami bukan kerajaan dan matlamat kami untukk tentukan penjenayah akan dihukum akan kemungkinan dia akan terlepas,” katanya.

Mahkamah Sesyen kelmarin melepas tanpa membebaskan Riza Aziz berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Kerajaan Malaysia dijangka menerima aset luar negara bernilai RM465.3 juta, hasil persetujuan yang dicapai untuk Riza Aziz yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.