KERAJAAN Pakatan Harapan Selangor sukar untuk tumbang kerana sokongan kuat yang masih diberikan 56 Adunnya, kata pegawai parti.
Cakap-cakap mengenai risiko tumbangnya kerajaan PH Selangor dan
digantikan dengan Perikatan Nasional semakin kencang selepas tumbangnya
PH di Kedah.
Malah, khabar angin bertambah marak yang Selangor akan tumbang kepada
PN memandangkan ramai Adunnya daripada PKR adalah penyokong kuat Azmin
Ali.
Antara 10 sehingga 13 daripada 21 Adun PKR dikatakan pernah setia
kepada Azmin, bekas timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR Selangor
lebih sedekad itu.
Azmin juga adalah bekas menteri besar Selangor daripada 2014 sehingga
2018, bekas pengarah pilihan raya PKR dan sehingga kini merupakan Adun
Bukit Antarabangsa.
Pada hujung Februari lepas, Azmin dan sembilan ahli Parlimen daripada
PKR yang setia kepadanya keluar parti. Mereka turut disertai Bersatu
untuk keluar PH yang kemudiannya membentuk kerajaan PN.
Sumber PKR negeri memberitahu The Malaysian Insight yang dalam
situasi paling teruk sekiranya semua Adun yang pernah setia kepada Azmin
meninggalkan PH dan masuk PN, mereka masih kekurangan lima kerusi untuk
membentuk majoriti dalam DUN Selangor.
Situasi itu akan berlaku sekiranya 13 Adun PKR tersebut keluar parti
dan berganding bahu dengan 5 Adun Umno, 5 Adun Bersatu dan seorang Adun
PAS untuk membentuk PN.
Walaupun begitu, 24 Adun tersebut masih tidak memenuhi majoriti mudah
29 Adun yang diperlukan dalam DUN Selangor untuk membentuk kerajaan
negeri.
“Walaupun dalam situasi terburuk, mereka masih kurang (kerusi) kerana
baki Adun PKR dikenali setia kepada Anwar Ibrahim,” kata pegawai PKR
Selangor.
“Untuk mengambil alih Selangor, mereka perlu dapatkan kerjasama DAP
dan Amanah, dan kedua-dua parti ini setakat ini memberi sokongan kepada
PH.”
DAP mempunyai 16 kerusi, Amanah (8) dan PKR (21), PH memegang 45 kerusi DUN Selangor.
Mandat rakyat
PH tumbang di Putrajaya pada hujung Februari lalu disebabkan “Langkah
Sheraton”, yang didalangi Azmin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Azmin bersama-sama sembilan Ahli Parlimen PKR dan Muhyiddin membawa
keluar Bersatu daripada PH untuk membentuk PN bersama Umno, PAS, MCA,
MIC dan Gabungan Parti Sarawak.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac.
Selepas itu, dalam tempoh beberapa minggu sahaja, PH turut tumbang di Johor, Melaka dan Perak.
Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah berikrar terus bersama PH.
Tetapi, dalam tindakan mengejutkan
dua hari lepas, dua Adun PKR dan empat Adun Bersatu di Kedah
mengumumkan mereka hilang percaya kepada PH Kedah dan menyokong PN.
Perkembangan terbaru itu mencetuskan perubahan kuasa di Kedah dan
tanda tanya sama ada akan berlaku perkara sama di Selangor kerana
pengaruh Azmin di negeri itu.
Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim tidak menafikan wujud usaha
menarik lapan Adun
Amanah meninggalkan PH tetapi setakat ini semua wakil
rakyat menolak menyertai PN.
“Amanah yakin dengan integriti Adun dan mereka akan terus menyokong
PH dan menjunjung prinsip menghormati mandat rakyat,” kata Izham yang
juga Adun Pandan Indah
Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu berkata semua 16 Adun parti itu di
Selangor akan terus menyokong Menteri Besar Aminuddin Shaari dan
kerajaan negeri PH.
“Secara prinsipnya kami masih bersama PH. Kami tidak akan bekerja dengan orang lain yang mengkhianati mandat rakyat.” Oleh
Sheridan Mahavera,
Nabihah Hamid
Pakatan di Selangor sukar tumbang
Reviewed by editorreformis
on
Mei 14, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.