https://critoxium.com/shop/

Terkini

PKR nafi tarik balik sokongan untuk Dr M

PKR menafikan menarik balik sokongannya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengarah komunikasi parti itu Fahmi Fadzil mengatakan tidak ada keputusan seperti itu yang dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa kepemimpinan pusat PKR pada hari Ahad, bertentangan dengan laporan oleh Sinchew Daily petang semalam

"Saya hadir mesyuarat tersebut dan telah semak semula minit mesyuarat, dan ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut tidak dibincang atau diputuskan MPP.

"Oleh itu, berita Sin Chew ini adalah palsu.

"Untuk makluman semua, mesyuarat MPP pada Ahad lalu telah membincangkan isu disiplin parti serta persiapan bagi sidang Parlimen 18 Mei," katanya.

Terdahulu, akhbar harian berbahasa Cina memetik sumber yang mendakwa bahawa jawatankuasa kepemimpinan pusat PKR telah memutuskan untuk menarik balik sokongan parti itu kepada Mahathir dalam pertemuan pada 17 Mei.

Sumber itu dilaporkan berkata bahawa Anwar memberitahu pertemuan itu mengenai hubungannya dengan Mahathir dan mencadangkan menarik balik sokongan kepada Mahathir sebagai calon perdana menteri.

“Setelah kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, pemimpin PKR termasuk Anwar tidak lagi mahu dipergunakan oleh Mahathir, dan telah kehilangan kepercayaan pada Mahathir.

"PKR masih akan terus mempertahankan hubungan kerja dengan Mahathir, tetapi tidak lagi mendukungnya sebagai perdana menteri," kata sumber itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.