https://critoxium.com/shop/

Terkini

Durian Balik Pulau gamit pelancong

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Musim durian tiba lagi. Bagaikan pesta pelbagai gelagat pengusaha melariskan jualan, manakala pengunjung santai menikmati pelbagai jenis klon raja buah itu sama ada di tepi jalan atau dusun durian.

Jika tidak kerana penularan COVID-19,ramai kalangan pelancong luarterutama dari Singapura, China dan Indonesia juga akan kelihatan meneroka lokasi tertentu untuk mencuba kelazatan pelbagai jenis durian.

Di Pulau Pinang, umpamanya antara lokasi popular sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan dari serata negeri. Di sekitar Teluk Kumbar,Anjung Indah, PantaiAcheh, Teluk Bahang dan Pekan Balik Pulau kembali menjadi tumpuan apabila tiba musimnya.

Pengunjung boleh beli durian di Anjung Indah, Balik Pulau. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli
Pengunjung boleh beli durian di Anjung Indah, Balik Pulau. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli
Kini Pulau Pinang mempunyai pelbagai jenis durian klon yang enak dan menjadi buruan 'hantu durian' meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi untuk sekilogram.

Antara yang mesti dicuba pada musim ini ialah duri hitam atau ochee, udang merah, labu atau horlor, kulit hijau dan kacang hijau.

Peniaga, Muhammad RozilAbdul Rani, 26, berkata kedatangan musim durian sememangnya dinanti bukan sahaja kepada peminat durian dari seluruh negara, manakala penduduk tempatan dapat menjana pendapatan.

Katanya, kehilangan punca pendapatan sebagai peniaga makanan semasa PKP lalu, mula menjual durian berhampiran Kampung Permatang Tengah di sini, sejak Mei lalu.

Durian Balik Pulau gamit pelancong. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli
Durian Balik Pulau gamit pelancong. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli
Malah pada hari pertama kebenaran rentas negeri dilaksanakan, gerai jualan yang diusahakan bersama empat lagi adik-beradiknya itu mula dikunjungi pengunjung dari luar Pulau Pinang.
"Ada yang datang dariJohor, Kelantan dan Kuala Lumpur semata-mata mahu merasai keenakan durian Balik Pulau yang dijual serendah harga RM4 sekilogram mengikut jenis.
"Pada Sabtu dan Ahad, jualan buah boleh mencecah sehingga satu tan bergantung kepada permintaan," katanya ketika ditemui BH.

Bagi penggemar durian dari Tanjong Malim, Perak,Jamil Marsidi, 40, memilih bercuti ke Pulau Pinang sebaik sahaja diumumkan kebenaran rentas negeri sematamata ingin menikmati durian Balik Pulau.

Kata pegawai eksekutif di syarikat swasta itu, beliau datang bersama 16 lagi ahli keluarga dengan menaiki tiga kenderaan dan lokasi utama mereka ialah Balik Pulau.

"Dah lama tunggu musim durian kerana durian Balik Pulau ni rasanya lain, ada rasa lemak, manis, kelat dan klonnya juga pelbagai.

"Sekarang masa sesuai melancong ke Pulau Pinang, selain makanan tempatan sebagai tarikan, musim durian tumpuan utama pengunjung domestik," katanya.

Pemilik dusun, ShamsulAbdul Aziz, 33, berkongsi tip memilih buah yang baik dan jenis klon.

Mereka perlu melihat pada tangkai, sekiranya masih dalam keadaan baik dan 'segar', ia menunjukkan buah baru sahaja luruh.

Buah yang cukup masak akan mengeluarkan bunyi seperti lantunan apabila digoncang dengan kuat, menandakan ulas di dalamnya dalam keadaan baik serta sedia untuk dimakan.

"Buah yang 'berpeluh' atau rosak tidak mengeluarkan bunyi manakala buah sudah masak akan mengeluarkan bau harum berbanding buah muda.

"Jenis buah juga boleh dibezakan menerusiwarna, bentuk dan duri," katanya yang turut menjual durian secara pandu di sekitar Tanjung Tokong berikutan pelaksanaan PKP baru-baru ini.

Shamsul memiliki dusun seluas 1.6 hektar di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dengan lebih 30 pokok pelbagai jenis seperti Musang King, Horlor, Duri Hitam dan Kapri. Harga ada mencecah sehingga 300 kilogram sehari.

"Jika hendak simpan dalam peti sejuk, alaskan bekas dengan tisu sebelum diletakkan ulas durian kerana tisu berkenaan boleh mengelakkan durian daripada 'berpeluh' dan menyerapwap.

"Tahun ini, buah 'menjadi' dengan banyak dan dijangka berpanjangan sehingga September," katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.