Hubungan serangkai keluarga komponen PH perlu diperkukuh - Anwar
KUALA LUMPUR : Pengerusi
Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua parti
komponen PH mengukuhkan kembali hubungan sebagai serangkai keluarga bagi
mempertahankan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menerusi siaran langsung di laman Facebook pada Sabtu malam, beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, mandat rakyat perlu dipertahankan untuk memastikan negara kekal sebagai sebuah negara demokratik dan adil.
Menerusi siaran langsung di laman Facebook pada Sabtu malam, beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, mandat rakyat perlu dipertahankan untuk memastikan negara kekal sebagai sebuah negara demokratik dan adil.
“Kita bersama dulu dengan satu agenda yang jelas selepas perjuangan puluhan tahun untuk pertahankan ini. Kita perlu kekalkan mandat rakyat 2018 bukan hanya untuk calon Perdana Menteri sahaja.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa agar anggota PH kembali fokus sebagai parti yang memperjuangkan hak rakyat.
Beliau mengingatkan ahli politik agar tidak terheret ke kancah politik yang memecah-belahkan parti.
“Kita perlu kembali fokus sebagai parti yang berjuang kepada rakyat dan kita jangan terlalu terheret dengan kancah politik.
“Terutamanya mainan satu dua orang yang memecah belahkan parti kita seperti yang terjadi sejak kebelakangan ini.
“Ia tidak mungkin akan berlaku tanpa dalang yang menggunakan kuasa politik untuk menganggu gugat kedudukan kita,”ujarnya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.