K'jaan negeri PH tak akan dibubar sebelum tamat penggal
Negeri-negeri yang ditadbir PH tidak akan turut serta dalam pilihan
raya umum jika ia diadakan sebelum tamat penggal ini, kata Majlis
Presiden PH hari ini.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat majlis itu hari ini, yang ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Majlis itu berkata, PH konsisten dengan pendirian bahawa fokus kerajaan persekutuan dan negeri adalah untuk membantu rakyat pasca wabak Covid-19.
"Justeru, kami berpandangan jika berlaku pilihan raya umum tergempar sebelum tamat tempoh tiga tahun, maka kerajaan negeri yang ditadbir PH sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan," katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.