https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pakatan tetap mahu Anwar jadi PM, kata Majlis Presiden

PAKATAN Harapan (PH) mengumumkan Anwar Ibrahim kekal sebagai calon perdana menteri tetapi pada masa sama membincangkan pilihan menamakan Mohd Shafie Apdal untuk jawatan itu.

Anwar selaku presiden PKR, rakan sejawat daripada Amanah Mohamad Sabu dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan langkah itu antara usaha mengembalikan mandat rakyat.
Ia merupakan antara ketetapan Majlis Presiden PH yang bermesyuarat hari ini.

“PH komited dengan pendirian asal Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, dan mesyuarat juga membincangkan cadangan pencalonan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

“Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.

“Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut.”

Parti dalam PH dan juga pengikut Dr Mahathir Mohamad dalam Bersatu masih belum dalam mencapai kata putus mengenai calon perdana menteri yang akan dikemukakan.

Nama Shafie muncul selepas Anwar dan PKR menolak cadangan menamakan Dr Mahathir menjadi perdana menteri semula untuk tempoh enam bulan.

Pada 27 Jun lalu Dr Mahathir menyebut beliau serta DAP, Amanah and Warisan bersetuju menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri.

Persetujuan itu dibuat tanpa kehadiran PKR, dan DAP seterusnya menyatakan, perkara itu masih perlu dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH.

Pada masa sama Majlis Presiden juga membuat ketetapan menolak sebarang usaha membubarkan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu walau pilihan raya umum mengejut diadakan.

Ini kerana kerajaan negeri dan persekutuan sepatutnya menumpukan kepada usaha membantu rakyat pasca penularan wabak Covid-19, kata mereka.

“Justeru, kami berpandangan sekiranya berlaku pilihan raya umum tergempar sebelum tamat tempoh lima tahun, maka kerajaan negeri yang ditadbir PH sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan.”

Mereka juga menolak usul dikemukakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat yang dilantik semasa pentadbiran PH.

Muhyiddin mengemukakan usul menggugurkan bekas hakim kanan Ariff Yusuf sebagai yang dipertua dan timbalannya Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.