Perkuat kerajaan PH di Selangor
Negeri Selangor merupakan salah satu kerajaan negeri yang kekal utuh yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.
Ini
adalah peluang terbaik bagi menteri besar Selangor mengambil satu
langkah proaktif menyusun semula barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan
negeri selepas Bersatu bukan lagi dalam gabungan PH di Selangor.
Baru-baru ini juga timbalan speaker Dewan Negeri Selangor juga telah mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada PKR serta seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri telah dipecat daripada PKR.
Kekosongan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri ini perlu diisi dengan penuh hemah dan yang paling utama dapat memberi satu nafas baru dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Amirudin selaku menteri besar Selangor harus memperhalusi dengan penuh hemah daripada sudut representasi kaum dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Hal ini penting bagi mencerminkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Amirudin yang juga merupakan pengerusi PKR negeri Selangor menonjolkan satu bentuk pentadbiran yang segar.
Terdapat lima wakil Melayu dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang terdiri daripada tiga daripada PKR dan dua daripada Amanah.
Ketika ini dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang terdiri daripada tiga wakil kaum Cina iaitu dua wakil daripada DAP dan satu daripada PKR.
Hanya terdapat satu wakil sahaja daripada kaum India yang diwakili DAP.
Oleh yang demikian, pentadbiran kerajaan negeri Selangor harus diperkukuhkan dengan menempatkan sekurang-kurangnya seorang lagi representasi daripada kaum India dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Jika dilihat, PKR merupakan sebuah parti yang berasaskan berbilang kaum dan merupakan parti yang memimpin negeri Selangor dan seharusnya PKR mempunyai wakil daripada semua kaum di dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Secara tidak langsung dapat memberi keyakinan luar biasa kepada rakyat khususnya daripada kaum India itu sendiri.
Susulan daripada dua kekosongan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri serta satu kekosongan jawatan timbalan speaker dewan negeri, ini adalah peluang terbaik bagi pentadbiran kerajaan negeri Selangor melakukan satu anjakan paradigma dengan memberi satu nafas baru yang segar di samping dapat memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan negeri Selangor kekal sebagai sebuah kubu kuat PH.
Justeru itu, dalam konteks mengembalikan keyakinan rakyat negeri Selangor selepas krisis politik yang melanda negara awal Mac lalu merupakan satu cabaran dan cabaran ini harus ditangani dengan memperkukuhkan dan memperkuatkan pentadbiran negeri bagi memberi keyakinan yang luar biasa kepada rakyat Selangor.
Pengundi PH di Selangor
Kerajaan
negeri Selangor yang dipimpin oleh Amirudin Shari daripada PKR boleh
dianggap salah satu negeri yang menjadi kubu kuat PH Harapan selain
daripada Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan.
Krisis
politik yang melanda negara pada awal Mac yang lalu dengan siri
pengkhianatan yang dilakukan oleh segelintir ahli parlimen serta Adun
daripada PH sendiri sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan serta
beberapa kerajaan negeri yang dipimpin oleh kerajaan PH runtuh.
Kini
masa bagi pimpinan kerajaan negeri khususnya negeri Selangor menginsafi
serta dengan proaktif memperkemaskan dan memperkukuhkan pentadbiran
kerajaan negeri bagi memastikan negeri Selangor kekal menjadi kubu kuat
bagi PH dan menjadi contoh negeri yang terbaik di Malaysia.
Kerajaan
negeri Selangor pimpinan Menteri Besar SelangorAmirudin Shari wajar
perkukuhkan kerajaan PH di peringkat negeri Selangor dengan memberi satu
nafas baru dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Baru-baru ini juga timbalan speaker Dewan Negeri Selangor juga telah mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada PKR serta seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri telah dipecat daripada PKR.
Kekosongan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri ini perlu diisi dengan penuh hemah dan yang paling utama dapat memberi satu nafas baru dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Amirudin selaku menteri besar Selangor harus memperhalusi dengan penuh hemah daripada sudut representasi kaum dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Hal ini penting bagi mencerminkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Amirudin yang juga merupakan pengerusi PKR negeri Selangor menonjolkan satu bentuk pentadbiran yang segar.
Terdapat lima wakil Melayu dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang terdiri daripada tiga daripada PKR dan dua daripada Amanah.
Ketika ini dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang terdiri daripada tiga wakil kaum Cina iaitu dua wakil daripada DAP dan satu daripada PKR.
Hanya terdapat satu wakil sahaja daripada kaum India yang diwakili DAP.
Oleh yang demikian, pentadbiran kerajaan negeri Selangor harus diperkukuhkan dengan menempatkan sekurang-kurangnya seorang lagi representasi daripada kaum India dalam barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Jika dilihat, PKR merupakan sebuah parti yang berasaskan berbilang kaum dan merupakan parti yang memimpin negeri Selangor dan seharusnya PKR mempunyai wakil daripada semua kaum di dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Secara tidak langsung dapat memberi keyakinan luar biasa kepada rakyat khususnya daripada kaum India itu sendiri.
Susulan daripada dua kekosongan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri serta satu kekosongan jawatan timbalan speaker dewan negeri, ini adalah peluang terbaik bagi pentadbiran kerajaan negeri Selangor melakukan satu anjakan paradigma dengan memberi satu nafas baru yang segar di samping dapat memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan negeri Selangor kekal sebagai sebuah kubu kuat PH.
Justeru itu, dalam konteks mengembalikan keyakinan rakyat negeri Selangor selepas krisis politik yang melanda negara awal Mac lalu merupakan satu cabaran dan cabaran ini harus ditangani dengan memperkukuhkan dan memperkuatkan pentadbiran negeri bagi memberi keyakinan yang luar biasa kepada rakyat Selangor.
Pengundi PH di Selangor
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.