https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jahat gila Lim Guan Eng, lulus RM 6.6 bilion projek rundingan terus

Oleh IPOHMALI

Sebenarnya masa live sidang Parlimen, aku kebetulan tengah makan tengah hari, makan lewat sikit lalu video live jawab isu-isu tender RM 6.6 Billion yang diluluskan Kementerian Kewangan. Masa tonton aku senyum sahaja. Kalau aku ada di Parlimen masa tu pun aku mampu jawab.

Dan aku faham, kenapa Lim Guan Eng (LGE) tenang bangun minta Menteri Kewangan dedahkan ke semua senarai projek. Ketika LGE berucap (Nampak tak betapa jahat mamak India Azeez Rahim dan Shahidan Kasim cuba ganggu jawapan Lim Guan Eng) Sebab apa? Kekecohan ini sengaja dirancang untuk wujudkan persepsi. Sama dengan soalan pasal TH Plantations dulu.

Watak jahat Shahidan Kasim, mamak India Azeez Rahim ni bukan baru. Sebelum ni pun, mereka cuba timbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran PH lantik 40 ahli Parlimen dalam GLC, bila disuruh dedahkan nama GLC tu, Shahidan Kasim, Noh Udang buat-buat tak reti baca senarai GLC tu. Mustahil mereka tak reti beza GLC dan agensi.

Sebenarnya bukan sebab tak reti baca, mereka sengaja wujudkan naratif tu dan persepsi jahat dalam soal jawab Parlimen. Itu strategi Umno-Pas. Mudah faham. Sama macam pendedahan minit surat Tan Sri Lim Soon Peng dalam kes 1MDB. Padahal tak ada apa-apa pun. LGE hanya panjangkan surat PM.

Tapi petang tadi, laju berjalan status ‘walaun’ Pas. Riuh walaun jual keropok lekor, jual insuran, meniaga sabun di pasar malam nak cerita pasal tender dan perolehan. Seolah-olah Lim Guan Eng terlibat dengan skandal RM 6.6 Billion pula. Tapi tak hairan lah, mereka ni bukan faham apa, pelaburan dan jumlah dagangan pun tak reti beza dalam isu sawit.

Aku yakin sifat amanah Lim Guan Eng bukan saja jauh lebih baik dari Najib yang khianat. Hatta lebih amanah dari watak Takiri dan Haji Hadi sendiri.

Jangan risau, rundingan terus ini tak sama seperti Projek Solar di Sarawak yang dikaitkan dengan Rosmah, atau projek perbekalan Internet kepada Syarikat YTL untuk Sekolah oleh mantan Menteri Pelajaran. Atau seperti Syarikat NFC yang diberikan tender lebih RM 100 Juta untuk bela Lembu dalam kondo yang menteri dan depa yang terlibat ini hari ini jadi rakan Tawwun PAS.

Ok, mari aku dedahkan, untuk mudah faham. Setiap projek, perbekalan, perolehan perkhidmatan dari agensi atau Kementerian yang melebihi nilai RM 10 Juta mesti mendapat kelulusan Menteri Kewangan atau Perbendaharaan. Bukan bermakna projek itu datang dari Kementerian Kewangan. Meh aku fahamkan walaun Pas, contoh mudah…

1- Kementerian Pertanian dan tender baja.

Masih ingat cerita tender perbekalan baja melalui tender terbuka yang kecoh tahun lepas. Jadi pertikaian antara Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian, Salehuddin Ayyub tentang tender RM 1.4 Billion? Walhal ketika itu katanya ada Syarikat yang sudah boleh berikan harga lebih murah.

Tetapi oleh kerana Salahuddin Ayub pada ketika itu simpati dengan Syarikat NAFAS yang sahamnya dimiliki Peladang Negeri dan Kawasan, jadi Salahuddin Ayub merayu kepada Tun Mahathir untuk tender itu diberikan kepada NAFAS melalui rundingan terus. Ini bagi menyelamat ramai Persatuan dan Peladang yang majoritinya Melayu.

Jadi kalau Lim Guan Eng terpaksa luluskan RM 1.4 Billion itu, apakah salah Lim Guan Eng sebab luluskan Perbekalan tu?

2- Kementerian Kesihatan dan kontrak, konsensi Pharmaniaga dalam bekalan ubat.

Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (Pharmaniaga) dengan Kementerian Kesihatan yang berakhir 30 November lalu dilanjutkan selama 25 bulan.

Semua orang tahu. Masa zaman BN perintah, didedahkan syarikat ini bekalkan ubat dengan harga yang berlipat kali ganda dari nilai pasaran. Syarikat yang dikaitkan dengan Umno ini mendapat tender rundingan terus, masa ni Lim Guan Eng juga mahu mengubah perbekalan ini melalui tender terbuka.

Oleh kerana bimbangkan bekalan ubat, Menteri Kesihatan merasakan perubahan tender ini perlu dilakukan secara beransur-ansur bimbangkan bekalan ubat terputus. Sebab Pharmaniaga sudah punya pengalaman dan rantaian bekalan di seluruh negara.

Apakah jika tender bernilai berbilion ringgit itu tak dilakukan secara tender terbuka ia menjadi salah Lim Guan Eng? Tidak. Lim Guan Eng terpaksa luluskan atas keputusan Kabinet dan PM.

3- Projek di Kelantan melalui PDM Builders Sdn Bhd.

Dulu heboh kononnya bocor surat dari Kementerian Kewangan yang meluluskan projek secara rundingan terus pembinaan projek bangunan Persekutuan dengan nilai RM 450 juta di Kelantan. Yang mainkan isu ini Umno. Walhal mereka yang luluskan.

Walhal PDM Builders telah dianugerahkan kontrak selepas Parlimen dibubarkan (7 April 2018). Projek Ini diluluskan oleh Najib Sendiri. Inilah jahatnya Umno. Projek ini hanya dirunding semula dengan kos yang baru sebab projek sudah pun berjalan.

4-Jadi fahamkan kenapa LGE cabar senarai 110 projek ini didedahkan

Jadi fahamkan kenapa Lim Guan Eng tak pernah takut. Sebab dia memang tak ada apa yang nak ditakutkan. Itu baru 3 contoh banyak lagi contoh dari Kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan, Pertahanan, hatta Kementerian Zuraidah dan Azmin Ali.

Ustaz dan walaun Pas bukan faham sangat tentang tender, projek dan perolehan ni. Beza harga Komoditi, jumlah Pelaburan dan Dagangan Komoditi pun tak reti nak beza. Mereka bukan faham game Umno mainkan isu ini. PAS hari ini jadi khadam Umno.

Asyraf Wajdi lagilah tak berakal. Dulu sibuk isu Tabung Haji. Sekarang cuba nak mainkan sentimen isu kelulusan RM 6.6 Billion nak ‘report’ polis pula, reportlah SPRM sekali.

Game Umno ni kalau kita faham cuba nak tutup kehangatan kes Takiri dan nak hadapi PRK Slim River ni. Orang Pas bukan faham. Disuruh nyanyi lagu Umno pun mereka nyanyi, disuruh pegang Bendera Umno pun mereka pegang. Memang Allah taqdirkan akhir hayat mereka jadi khadam Umno.

Betullah kata Tok Guru Nik Aziz dulu, ulama Terompah Kayu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.