Nilai projek runding terus zaman BN lebih tinggi, kata Guan Eng
Oleh Mohd Farhan Darwis
NILAI projek yang diberikan secara rundingan terus ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) jauh lebih tinggi berbanding semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Lim Guan Eng.
Bekas menteri kewangan itu berkata 12 projek rundingan terus pada zaman
BN antara 2013 hingga 2018 saja sudah berjumlah RM139.3 bilion,
berbanding RM6.61 bilion nilai bagi 101 projek bagi 22 bulan zaman
pentadbiran PH.
Secara purata, 12 projek era BN itu bernilai RM11.6 bilion setiap satu.
“Itu pun belum senarai penuh, bandingkanlah dengan 101 projek rundingan terus PH sebanyak RM6.61 bilion dengan kos purata RM65.3 juta setiap projek,” kata ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media bersama ahli Parlimen PH di lobi Parlimen, hari ini.
Jumlah tender secara langsung BN itu juga hanya 1.4% daripada nilai keseluruhan perolehan di bawah PH.
“Nilai projek rundingan terus PN yang diluluskan oleh (Menteri Kewangan) Tengku Zafrul (Aziz) belum tahu lagi,” kata Lim.
Sehubungan itu, Lim mengulangi desakan mahu Tengku Zafrul mendedahkan senarai projek rundingan terus ketika era pemerintahan BN hingga PN.
“Atau Tengku Zafrul takut akan terbongkar nanti Perdana Menteri (Muhyidin Yassin) sendiri, semasa menjadi menteri dalam negeri PH dan menteri-menteri ‘pengkhianat’ yang lain, pun ada memohon projek rundingan terus daripada saya sebagai menteri kewangan?,” katanya.
Beliau tidak menyebut nama “menteri pengkhianat” tetapi dipercayai merujuk menteri Kabinet PH yang kini berkhidmat sekali lagi dalam kabinet Muhyiddin.
“Adakah perdana menteri PN juga bersalah jika beliau memohon projek rundingan terus pada masa itu?
“Sampai hati mereka ini ‘mengutuk’ diri sendiri,” kata Lim.
Lim berkata Kementerian Kewangan membenarkan pemberian projek melalui rundingan terus atas beberapa alasan antaranya keperluan mendesak dan perlu disegerakan, satu punca bekalan atau perkhidmatan, melibatkan keselamatan dan strategik, atau kontrak dengan syarikat Bumiputera.
“Saya tidak lihat di mana kita melakukan kesalahan. Kita pastikan jumlah ini, sungguhpun secara rundingan terus, mesti mematuhi tatacara perolehan ditetapkan
“Ini lumrah, (rundingan terus) bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di negara Barat ,” katanya.
Ketika persidangan Dewan Rakyat semalam, Tengku Zafrul mendedahkan pentadbiran 22 bulan PH meluluskan tender melalui rundingan terus dengan nilai RM6.61 bilion.
Pendedahan itu menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat apabila wakil rakyat PN menyelar Lim.
Lim kemudian mempertahankan dirinya dan berkata perkara itu dilakukan dengan kebenaran Kabinet.
Dalam kekecohan itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali turut mendakwa Lim tidak pernah membentangkannya di mesyuarat Kabinet PH.
Lim pada sidang media hari ini berkata Azmin berbohong.
“Dia sudah lupa daratan. Dulu dia buat macam itu sekarang dia buat lain. Dia memang sudah jadi pakar kelentong,” kata Lim. – 25 Ogos, 2020.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.