PAS pertahan menteri langgar perintah kuarantin wajib
KES menteri PAS melanggar perintah kuarantin wajib bukan isu penting
kerana ia tidak menyebabkan kluster jangkitan baharu, kata timbalan
presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebaliknya perkara yang perlu ditumpukan adalah kepada kluster Covid-19 yang terlibat, katanya
“Dia sudah bayar kompaun maksimum RM1,000… dia ini tiada kluster. Dia sudah buat swab test (ujian saringan) dan kesilapan dia itu pun dah bayar kompaun apa semua,” katanya seperti dipetik.
Tuan Ibrahim juga berkata, Khairuddin berkorban dengan memulangkan gaji bulanan sebagai tanda penyesalan.
“Realitinya bukan ada kluster dia, yang pentingnya dia didenda dan pengorbanannya tolak semua gaji. Sepatutnya tak jadi isu.
“Baik kita tumpu kepada yang ada kluster,” kata menteri hal ehwal alam sekitar itu lagi.
Beliau mengulas kemarahan orang ramai atas pengumuman kerajaan menteri denda RM1,000 dikenakan ke atas Khairuddin kerana melanggar perintah kuarantin wajib.
Khairuddin turut disokong Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mohd Mazri Yahya yang mengagumi tindakan menteri itu memulangkan gaji.
“Pernah ke dalam sejarah negara, menteri melakukan kesilapan dan kemudian memulangkan kembali gajinya selama beliau bertugas?
“Tidak pernah. Dan Inilah yang pertama.
“Saya kira ini merupakan perkembangan yang baik untuk negara. Rakyat menegur dan menteri menerima teguran dan memikul tanggungjawab tersebut,” katanya di Facebook.
Anggota jawatankuasa pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz juga menyokong dan memberi kata- kata semangat dan doa agar Khairuddin dirahmati tuhan.
Katanya, tindakan Khairuddin memohon maaf dan mendermakan gajinya sebagai menteri itu membuatkan beliau yakin Allah memberi ilham kebaikan dan rahmat.
“Terus berjalan. Terus berkhidmat. Begitulah anak-anak PAS, insya-Allah,” katanya lagi.
Sokongan berkenaan bagaimanapun dicemuh pemimpin pembangkang yang menegaskan rakyat perlu melihat bahawa tindak-tanduk Khairuddin itu merupakan kesalahan besar.
Ahli Parlimen Kulim – Bandar Baharu Saifuddin Nasution Ismail berkata ia juga kali pertama menteri dan rombongan keluar berjalan-jalan di luar negara tanpa mematuhi penutupan sempadan.
Selain itu buat kali pertama kes seperti itu didedahkan oleh petugas barisan hadapan “yang rimas dan bimbang mengenai ketidakpatuhan SOP”, katanya di Facebook.
Selain tidak mengikut SOP, ia juga menunjkkan Khairuddin dengan senyap-senyap meletakkan orang ramai dalam risiko jangkitan.
Apabila diketahui bersalah pula, menteri itu hanya menjawab “tunggu siasatan KKM” apabila ditanya dan juga menggantikan hukuman berat dengan memulangkan semula gaji, kata Saifuddin.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam menjelaskan denda RM1,000 itu merupakan kadar maksimum bagi kesalahan tersebut.
Bagaimanapun kes Khairuddin melanggar perintah kuarantin wajib itu masih disiasat polis, katanya

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.