Rakaman rahsia dedah Trump sebagai kejam dan penipu
ADIK perempuan Donald Trump menyifatkan Presiden Amerika Syarikat
(AS) itu sebagai kejam dan penipu serta tidak berprinsip dan tidak boleh
dipercayai, lapor Washington Post.
Akhbar itu memetik rakaman suara Maryanne Trump Barry yang direkod secara rahsia dan disiarkan pada Sabtu.
Maryanne menyelar abangnya berhubung dasar imigresen yang menyaksikan golongan kanak-kanak terpisah dari ibu bapa mereka di sempadan dan dihantar ke pusat tahanan.
“Apa yang dia (Donald) mahu adalah melakukan apa yang dia inginkan. Dia tidak mempunyai prinsip. Tiada.”
“Dia menipu,” kata Maryanne dalam rakaman itu.
Rakaman dibuat oleh anak saudara presiden AS itu, Mary Trump yang mengeluarkan satu memoir mengenai perbalahan dalam keluarganya.
Adik lelaki Trump, Robert yang meninggal dunia minggu lepas, hadir ke mahkamah untuk menghalang penyiaran memoir itu dengan menyatakan bahawa Mary melanggar satu perjanjian pada 2001 selepas penyelesaian harta datuk wanita itu.
Kira-kira 950,000 naskah dijual pada hari pertama memoir itu dengan White House menggelarnya sebagai buku yang penuh dengan kepalsuan.
Pada satu masa dalam rakaman rahsia itu, Barry memberitahu anak saudaranya bahawa Donald merupakan seorang yang kejam.
Rakaman itu turut mendedahkan dakwaan bahawa Donald pernah membawa seseorang untuk mengambil peperiksaan bagi kemasukan kolej untuknya.
“Dia (Donald) masuk ke Universiti Pennsylvania kerana membayar seseorang mengambil peperiksaan untuknya,” kata Barry yang mengakui masih mengingati nama individu tersebut.
Presiden AS atau White House bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung rakaman itu. – AFP

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.