https://critoxium.com/shop/

Terkini

Husam Wajar Keluar Dari Kelantan


Oleh Mohd Sayuti Omar

Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi Setiausaha Agungnya Dr Mohd Hatta Ramli berkata partinya akan membincangkan soal 52 kerusi yang diperuntukan kepada Bersatu semasa dalam PH sebelum ini dengan rakan-rakan PH yang lain.

Kata Hatta Amanah akan kekal bertanding di 35 kerusi diperuntukan sebelum ini. Beliau tidak menyebut berapa jumlah kerusi tambah itu.

Beberapa kerusi yang diperuntukan kepada Bersatu itu termasuklah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tentulah reaksi Hatta itu ekoran cadangan Husam Musa semasa diwawancara oleh sebuah portal menyebut kerusi yang ditinggalkan Bersatu dan milik kumpulan PKR yang "murtad" perlu disejajarkan semula.

Barang kali molek juga kalau dalam pensejajaran semula kerusi itu, Amanah turut sama mengemaskinikan organisasi nya di beberapa buah negeri. Negeri paling utama diberi perhatian ialah Kelantan dan Terengganu memandangkan negeri berkenaan gabungan PH tidak menang satu kerusi pun.

Di Kelantan kegagalan Amanah memenangi sebarang kerusi ada kecenderungan dilemparkan ke atas bahu Husam Musa walaupun beliau tidak menjadi pengerusi Amanah negeri, dan hanya sebagai pengerusi PH Kelantan.

Walaupun hanya Husam yang tidak hilang deposit dalam Piraum lalu tetapi beliau tetapi dipertanggungjawab atas kegagalan itu.

Sehubungan itu ada usaha meremehkan Husam. Bertolak dari itu elok kalau dalam Piraum akan datang Husam dipindah ke luar Kelantan. Beliau boleh diletakkan di mana-mana kerusi khasnya dalam Wilayah Persekutuan menadangkan beliau pernah bertanding di Putrajaya semasa dalam Pas dahulu.

Langkah itu juga sesuai dalam proses menjadikan bekas Pengerusi Kada itu sebagai figure yang bermain di peringkat nasional.

Manakala Amanah Kelantan boleh diserahkan kepada pimpinan yang ada sekarang yang berjaya menunjukkan lonjakan sejak Covid lalu. Muhamad Hussein yang bertindak menjadi pengerusi Amanah Kelantan juga dikatakan berjaya menambah keahlian Amanah dan penambahan cawangan yang menakjubkan. Nampaknya berbaloi beliau beriya-iya untuk memimpin Amanah dengan team yang mantap dan kuat.

Saya yakin walaupun Husam tidak lagi "bertumah" di Kelantan namun beliau tetap dapat menyumbangkan idea dan juga mengongsikan apa-apa strategi buat Amanah. Kreatifviti politik yang ada kepadanya boleh dikutip oleh Amanah Kelantan untuk Amanah sekurang-kurangnya jadi parti dominan dalam gabungan PH. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.