KUALA LUMPUR: Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya
pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad berhijab, sejak
empat hari lalu.
Menerusi perkongsian menerusi entri
Instagram (IG), Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne
Birch memuatkan naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah
mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam.
Pengikut
dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang
mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.
Hannah berkata, niat tersimpan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.
"Jika
ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu.
Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali
Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
"Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.
"Saya
mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita
penghijrahan dalam laman sosial, semalam," katanya kepada BH Online.
Hannah Delisha sekian lama menyimpan hasrat mahu bertudung, tetapi terikat dengan penggambaran drama. - Foto IG Hannah DelishaMengulas perubahan yang dirasai, Hannah berkata, jiwanya kini lebih tenang.
"Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.
"Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.
"Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung," katanya.
Mengulas keputusan dibuat selepas terdengar gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga, Hannah menafikannya.
"Tidak... Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin," katanya.
Jiwa tenang bertudung
Reviewed by editorreformis
on
September 09, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.