Keranda kuno berusia 2,500 tahun ditemui
KAHERAH:
Mesir mengumumkan penemuan lebih 13 keranda yang masih dalam keadaan
baik dipercayai berusia lebih 2,500 tahun, lapor agensi berita Xinhua.
Keranda itu, termasuk tiga ruang tertutup, ditemui di dalam lubang sedalam 11 meter, kata kenyataan itu.
Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir Khaled al-Anany dan Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA) Mostafa Waziri mengunjungi lokasi penemuan dan memeriksa tapak ekskavasi berkenaan.
"Ia adalah penemuan keranda terbanyak dalam satu tapak perkuburan sejak Asasif Cachette," kata menteri itu, sambil merujuk kepada penemuan 30 keranda pada Oktober 2019 di tapak perkuburan Asasif di wilayah Luxor.
"Penemuan di Saqqara termasuk koleksi keranda kayu berwarna dengan keadaan warna dan inskripsi padanya masih dalam keadaan baik meskipun sudah berusia lebih 2,500 tahun," kata Waziri, yang mengetuai misi arkeologi Mesir di Saqqara, lapor Xinhua.
Waziri berkata, jumlah sebenar keranda yang ditemui termasuk identiti dan pangkat atau kedudukan jasad individu yang ditanam di dalamnya masih belum diketahui.
Bagaimanapun, ia akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi memandangkan kerja ekskavasi masih dilakukan.
"Misi itu meneruskan kerja ekskavasi di tapak berkenaan dan kita jangka akan menemui lebih banyak penemuan di dalam lubang berkenaan termasuk keranda kayu berwarna dan patung," kata ketua SCA itu.
Berdasarkan pemeriksaan awal, semua keranda berkenaan ditemui dalam keadaan tertutup dan tidak pernah dibuka. - BERNAMA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.