Gelombang kedua atau ketiga?
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengatakan negara kita sedang berhadapan dengan “gelombang baharu” penularan wabak Covid-19 memandangkan jumlah kes baharu terus menerus meningkat.
Dia berkata dalam satu sidang media semalam: “Jika kita melihat pada carta, kita mendapati peningkatan kes kebelakangan ini. Ini mungkin permulaan satu gelombang baharu.”
Jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam mencecah tahap 260 kes - jumlah tertinggi yang dicatatkan sejak 4 Jun.
Tetapi, adakah Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang kedua ataupun yang ketiga?
Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) yang tidak bertanggungjawab sering mendakwa negara kita akan berhadapan dengan lebih banyak jangkitan dan kematian akibat Covid-19 bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dahulu.
Namun, kebenarannya amatlah berbeza.
Bawah menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad (bawah), sebelum berlakunya Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020, dan sebelum negara kita dilanda gelombang kedua wabak Covid-19, Malaysia mempunyai rekod baik menguruskan wabak ini.
Sebelum Langkah Sheraton, Malaysia mencatatkan 21 kes Covid-19 terkumpul dengan sifar kematian setakat 15 Februari, dengan hanya satu kes baharu antara 16 ke 26 Februari yang menjadikan jumlah terkumpul kes positif sebanyak 22 kes.
Rekod Malaysia semasa itu (bawah pentadbiran kerajaan PH) adalah antara yang terbaik di Asean, lebih baik daripada situasi di Thailand.
Pada waktu tersebut, Thailand mencatatkan 35 kes positif pada 15 Februari, dan sejumlah 40 kes terkumpul pada 26 Februari - mengatasi jumlah kes di Malaysia pada kedua-dua tarikh.
Gelombang kedua wabak Covid-19 bermula bawah pemerintahan kerajaan PN, dengan jumlah kes negara kita mengatasi rekod Thailand buat pertama kalinya pada 4 Mac, dengan 50 kes berbanding dengan 43 kes di Thailand.
Semasa kabinet PN dibentuk pada 7 Mac, negara kita mencatatkan sejumlah 93 kes, dengan 10 kes baharu dan sifar kematian, manakala Thailand pula mencatatkan sejumlah 50 kes, dua kes baharu, dan satu kematian pada hari yang sama.
Semasa gelombang kedua wabak Covid-19 ini memuncak di Malaysia pada 3 April 2020, wabak ini telah menjangkiti 3,333 orang dan mengorbankan 53 nyawa, berbanding dengan 1,978 jangkitan dan 19 kematian di Thailand.
Jurang ini terus membesar sejak daripada hari tersebut, kini Malaysia mencatatkan sejumlah 11,484 kes dengan 136 kematian berbanding dengan 3,575 kes dan 59 kematian di Thailand.
Semasa gelombang pertama wabak Covid-19 bawah pentadbiran PH, negara kita mencatatkan rekod lebih baik berbanding dengan Thailand yang mempunyai dua kali lebih ramai penduduk berbanding Malaysia.
Namun, dalam gelombang kedua wabak ini yang berlaku bawah pemerintahan PN, situasi ini terbalik dan Malaysia kini mencatatkan sejumlah 11,484 kes dengan 136 kematian berbanding dengan 3,575 kes dan 59 kematian di Thailand.
Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali, mengakui dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight pada 27 Julai 2020 yang negara kita sedang menghadapi gelombang kedua wabak Covid-19 ini.
Dia berkata: “Apa yang kita sedang hadapi sejak bulan Mac sehingga hari ini adalah gelombang kedua.”
Dia berkata Malaysia berhadapan dengan gelombang pertama yang agak kecil pada akhir bulan Januari dalam kalangan pesakit daripada China yang pada masa tersebut merupakan pusat penularan utama wabak ini.
Katanya gelombang kedua bermula pada Mac, bulan yang sama kerajaan mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Oleh Lim Kit Siang
Sekatan pergerakan ini berjaya mengekang penularan wabak lantas membolehkan kerajaan “meratakan lekuk”, kata beliau lagi.
Ahli-ahli politik PN tidak boleh terus melemahkan kebolehan dan profesionalisme sektor perkhidmatan awam negara, terutamanya pimpinan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah - yang telah dianugerahkan Tan Sri sebagai perhargaan kepada kepimpinannya melawan wabak Covid-19.
Jika dibandingkan dengan negara seperti Amerika Syarikat dan negara-negara lain di Amerika Selatan, Eropah, Asia, Afrika, dan Timur Tengah, kita berjaya.
Tetapi jika dilihat dengan rekod Dzulkefly sebagai menteri kesihatan bersama dengan kerajaan PH, besar kemungkinan PH dapat memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan kerajaan PN.
Mungkin, dengan pimpinan Dzulkefly dan kerajaan PH, tanpa Langkah Sheraton, kita akan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Thailand dalam melawan wabak Covid-19.
Ini memandangkan jumlah penduduk di Malaysia hanya jumlah penduduk di Thailand.
Akibat Langkah Sheraton dan kerajaan pintu belakang ini, ketika seluruh dunia risau mengenai gelombang kedua penularan wabak Covid-19, kita pula merisaukan mengenai penularan gelombang ketiga!
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.