https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mengapa Ku Li ?

Saya fikir pada tubuh badan Ku Li kini ada satu petunjuk dan rahsia besar yg bakal meletuskan satu keadaan yg tidak mungkin dijangkakan oleh orang yg terbanyak.
 
Kemunculan Ku Li di Istana Negara ditengah2 fokus dan tumpuan orang ramai terhadap sosok yg bernama Anwar Ibrahim yg dikatakan bakal dinobatkan sbg Perdana Memteri ke-9 Malaysia menimbulkan banyak persoalan.
 

Adakah Ku Li bakal mencuri tumpuan utk hari2 yg berikutnya sbg individu yg bakal mencetuskan suatu keadaan politik di luar dari kotak pemikiran pemerhati politik dan orang ramai waktu ini?
 
Ku Li kini seorang tokoh yg dilihat berada di tengah2 pertentangan politik antara PN dan PH. Ku Li tidak dilihat terlalu mempertahankan BN dan sekutunya, serta tidak pula terlalu menyerang PH.
 
Ku Li mempunyai paparan wajah Melayu-Islam-Raja yg sangat kental, menjadikan Ku Li dilihat seorang tokoh yg paling sesuai berperanan dalam negara yg berada dlm kecelaruan politik, pertentangan kaum-agama dan ancaman wabak covid-19 yg tidak mengenal batas sempadan bangsa dan agama.
 
Apabila Ku Li yg bukan seorang ketua parti dipanggil mengadap ke bawah Duli Tuanku, seusai Dato Seri Anwar, saya fikir mungkin kedua pemimpin ini (Anwar-Kuli) sudah mencapai kata sepakat menubuhkan sebuah kerajaan rakyat (people government) yg bakal akan menamatkan segera ketidakpastian dan ketidakstabilan politik yg jika tidak diatasi segera, boleh menjerumus negara ke kancah krisis politik yg berterusan dan tidak menemui titik noktahnya.
 
Adakah Ku Li adalah tokoh yg akan membawa MPs UMNO untuk menyokong penyatuan sebuah kerajaan rakyat? Sama2 kita tunggu dan saksikan.
 
*DMA*
UTM


Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.