PRN Sarawak: Kaji kejayaan pilihan raya Singapura, Korea Selatan ketika COVID-19
KUCHING: Sarawak perlu mengkaji kejayaan negara luar seperti Singapura dan Korea Selatan dalam keadaan negeri ini mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 ketika pandamik COVID-19.
Presiden Parti Rakyat
Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, kajian itu perlu
dilakukan secara menyeluruh termasuk mengetatkan prosedur operasi
standard (SOP) sepanjang PRN berlangsung.
"Sekiranya
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu meneruskan (PRN12), kita
perlu meneliti kejayaan Singapura, Korea Selatan selain menganalisis PRN
Sabah.
"Saya fikir kita tidak boleh
mengelak dari mengadakan PRN12. Apa yang boleh kita lakukan ialah
menguatkuasakan peraturan untuk mengelak daripada penularan COVID-19.
Sebagai contoh, orang luar dan penduduk rumah panjang serta kampung
tidak dibenarkan masuk atau keluar.
"Perhimpunan
besar-besar juga tidak boleh diadakan. Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) perlu mengikut SOP keselamatan kesihatan apabila bertugas. Ini
semua untuk memastikan PRN berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-16 PRS di Kuching pada Rabu.
Masing
yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, PRN12 Sarawak perlu
dibuat disebabkan tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
berakhir pada Jun 2021 sebelum terbubar secara automatik.
“Sekiranya
kita menunda PRN12 hingga Jun 2021, itu bererti kita mungkin menghadapi
kemerosotan ekonomi. Sekiranya kita meminta pilihan raya tidak lama
lagi, kita akan berhadapan dengan bahaya yang ditimbulkan oleh COVID-19.
Kita terperangkap," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.