Tidak boleh bergantung harap kepada Umno.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Apabila Umno membuat keputusan terus kekal menyokong kerajaan PN membolehkan Muhyiddin Yassin dapat lihat matahari pagi ini dengan terang, ramai orang marah-marah kepada Umno.
Kata Umno bohong, tidak boleh dipercayai dan entah-entah lagi. Wajar kalau Umno dimarah dan dikatakan tidak boleh dipercayai.Memang pihak yang melawan Umno tidak boleh bergantung harap kepada Umno.
Itu hukum dan teorinya.
Tetapi manusia ini kekadang melupai kepada hukum atau teori itu apabila melihat keadaan boleh memberi keuntungan dan kelabaan kepadanya mereka jadi lupa apa yang termaktub dalam hukum dan teori itu.
Misalnya apabila diberitakan Zahid Hamidi dan Najib Razak menyokong Anwar untuk jadi PM, maka orang lalu terlupa kepada hukum asal tadi, bahawa pemimpin Umno tidak boleh dipercayai.
Sebenarnya Umno konsisten dalam menolak Anwar untuk jadi PM. Yang paling konsisten ialah bekas pemimpinnya OT95.
Yang tidak konsisten ialah disebelah sini, apabila melihat Umno dikira boleh membantu maka, lupa kepada hukum asal dan sejarah tadi. Sikap ini adalah sikap liberal politik.
Tetapi dalam pada itu ramai yang terlupa untuk menyemak diri sendiri dan kenapa Umno jadi sebiang itu?
Jangan persalahkan kepada Umno; Zahid dan Najib kalau mereka boleh menolak Anwar tidak seperti diharapkan.
Zahid sangat bergantung kepada keseluruhan ahli MT Umno itu. Kuasa presiden yang ada kepadanya tidak berdaya mempertahankan apa yang dikehendakinya.Perlu difahami.
Disebelah sini juga ada salah dan memberi saham sama kepada kehancuran harapan itu. Perhatikan sikap sesetengah pemimpin DAP dan beberapa orang bekas PRM yang menyertai PKR.
Mereka konsisten dan tegas menolak kerjasama dengan pemimpin Umno. Seorang pemimpin DAP mengatakan perbuatan gila kalau bekerjasama dengan Najib, dan terang-terang mereka akan tolak.
Bekas pemimpin PRM yang bersama PKR juga menggesa Anwar menolak kerjasama dengan Umno, Najib dan Zahid. Anwar tidak terkata apa kerana beliau faham keadaan dan berada dalam situasi genting. Mereka menolak bukan sahaja peribadi pemimpin Umno tetap ideologi Umno itu sendiri.
Walaupun Anwar tidak menyebut akan menolak "tawaran" Umno, tetapi mesyuarat MT Umno semalam telah rasmi menolak untuk membantu Anwar jadi PM.
Apa diharapkan oleh DAP dan bekas PRM itu sudah tercapai tanpa berusaha lebih. Pendirian Umno itu menyebabkan ramai yang terus terngangga masuk angin.
Apa yang hendak disebut di sini sikap ditunjukkan DAP dan oleh bekas PRM itu sedikit sebanyak telah menggagalkan harapan yang ditunggu oleh orang ramai, khususnya pecinta Anwar.
Mereka yang kepinginan melihat Anwar jadi PM, tidak berfikir seperti apa difikir oleh DAP dan PRM itu. Mereka berpegang kepada prinsip, walaupun prinsip itu menghancurkan harapan.
Barangkali ramai yang tidak senang disarankan PKR khasnya Anwar sendiri memikir dan menilai kembali hubungan dengan DAP.
Prinsip dan ketegasan yang ada kepada DAP yang bertolak daripada sikap rasis, tidak elok diteruskan.
Misalnya kebencian DAP kepada Najib Razak bukan sahaja kerana Najib melakukan kesalahan, tetapi di situ terselit elemen perkauman.
Apa yang hendak ditonjolkan DAP, kejahatan Najib adalah kejahatan Melayu. Elemen perkauman tidak baik, bukan sahaja daripada DAP, Umno juga.
Barangkali dalam juz inilah menyebabkan Pas mengambil keputusan menjauhkan diri dengan DAP. Boleh difikirkan dan dibahas. Trims.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.