Umno Buka Dimensi Politik Baru
Oleh Mohd Sayuti Omar
Kenyataan dikeluarkan oleh Umno malam ini selepas biro politiknya mengadakan mesyuarat di PWTC menarik dan membuka dimensi baru dalam politik parti itu bilamana ia mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.
Menurut kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agong Umno Ahmad Maslan, dalam pada itu Umno mengarahkan agar kerjasama dengan PN disusun semula secara bertulis untuk dilaksanakan.
Umno juga meminta agar jawatankuasa pemandu Muafakat Nasiona (MN) bersama Pas didaftarkan. Arahan-arahan ini menunjukkan perkembangan baru mengenai kedudukan Umno dalam kancah politik yang ada kaitan dengan pergolakan politik kini.
Senario dan sikap baru Umno itu boleh memberi berbagai kemungkinan, antaranya turut menentukan hubungannya dengan Pas. Pas sejak bergabung dengan Muhyiddin membentuk kerajaan sudah "lain macam" dengan Umno, ia dilihat lebih intim dengan Bersatu berbanding dengan Umno.
Mungkin kerana perubahan sikap Pas itu menyebabkan Umno mahu MN didaftarkan secara sah sebagai gabungan. Arahan itu boleh jadi juga suatu ujian terhadap Pas sama ada untuk bersama mereka (Umno) atau Bersatu.
Langkah Umno itu juga dilihat sebagai serampang dua mata, dimana kalau Pas lebih rela untuk bersama Bersatu, kemungkinan Umno mengambil tindakan mengejutkan akan bersama PH atau menyokong Anwar sebagai perdana menteri. Selamat beristirehat.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.