https://critoxium.com/shop/

Terkini

Berwajah dua, Umno di luar Bersatu .


Oleh Mohd Sayuti Omar

Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad menafikan yang dia mempunyai dua wajah, di luar Umno di dalam Bersatu. 
 
Dia menafikan hakikat itu dan menuduh tanggapan demikian adalah fitnah untuk memburukkan dia dan pemimpin Umno lain. 
 
Yang turut disebut sebagai orang berwajah dua itu Annuar Musa, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. 
 
Tidak mudah untuk orang menerima penafian Noraini itu sebab ada hujah dan dalilnya. 
 
Mereka berempat itu adalah ahli parlimen Umno yang diberi jawatan menteri dimana jawatan itu bagi orang yang kering nilai perjuangan dan prinsip akan mempertahankannya walaupun sanggup merosakan solidariti parti sendiri.
 
Noraini menteri Pengajian Tinggi, Annuar Musa Menteri Wilayah Persekutuan, Hishammudin Menteri Pertahanan dan begitu juga Khairy Jamaluddin Menteri entah lupa portfolionya. 
 
Bagi mereka yang masuk gelanggang politik kerana ingin bermegah dengan jawatan tentu sudah berpuas hati dengan kedudukan itu. 
 
Apa lagi mereka tahu kalau parti mereka (Umno) berkuasa belum tentu mereka dibawa ke dalam Kabinet. 
 
Kesimpulannya, keempat-empat mereka ini berwajah dua, Umno di luar Bersatu di dalam sangat jelas. 
 
Satu pedoman lagi kepada seiapa mereka sujud sawi kini, apakah kepada Muhyiddin ataupun Zahid Hamidi presiden mereka? Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.