Petrol, diesel naik harga
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala diesel naik empat sen bagi tempoh seminggu bermula tengah malam tadi.
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula mekanisme harga automatik, harga baru seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 menjadi RM1.97 dan diesel RM1.85.
Kerajaan kata kementerian itu terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.