https://critoxium.com/shop/

Terkini

Teruskan Meneliti Belanjawan 2021, Elak Kehilangan Fokus


1. Ramai telah mengkritik peruntukan Belanjawan 2021 yang memberikan RM 85 juta kepada badan propaganda kerajaan, JASA. Ia perlu dibatalkan dan tiada kompromi.

2. Hari ini juga kita dikejutkan dengan pendedahan peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibawah Butiran 040900 Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang bakal menerima RM 8.627 juta. (Rujuk Gambar 1) Peruntukan ini didakwa akan disalurkan kepada sebuah NGO yang dikatakan sangat dekat dengan Menteri KPKT dan ia diketuai oleh orang kanannya. Hal ini mesti dijelaskan oleh Menteri Kewangan dan Menteri KPKT.

3. Namun, kita perlu sangat berhati-hati agar fokus tugas semak dan imbang terhadap Belanjawan 2021 tidak sekadar disibukkan dengan hanya 2 peruntukkan kecil diatas yang berjumlah RM 93.627 juta sahaja. Ya, ia bukan jumlah yang kecil. Tapi, bila dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Belanjawan 2021 iaitu RM 307.540 BILION, peruntukan untuk JASA dan PeKT hanya membentuk 0.0304% sahaja! Sangat kecil!

4. Untuk itu, apabila kita terlalu disibukkan dengan dua peruntukkan kecil ini, kita mungkin terlupa meneliti peruntukan lain yang lebih besar dari itu dan diletakkan dengan nama butiran yang terlalu umum dan dibimbangi boleh dieksploitasi secara mudah oleh pihak berkuasa.

5. Contohnya; dibawah Jabatan Perdana Menteri peruntukan yang diberikan membengkak hampir RM 11.7 bilion. Sejumlah hampir RM4.5 bilion diperuntukkan untuk bajet pengurusan dan RM 7.22 bilion untuk bajet pembangunan. (Rujuk Gambar 2)

6. Terdapat tiga Butiran yang boleh diperhatikan dan memerlukan penjelasan terperinci dari Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tentang untuk apa ia bakal dibelanjakan dan bagaimana ia akan digunakan. Rakyat sebagai penaja utama Belanjawan 2021 yang merupakan pembayar cukai tidak boleh hanya dibekalkan maklumat terlalu umum tetapi jumlah yang diberikan adalah sangat besar.

7. Dari peruntukan Pembangunan untuk JPM yang berjumlah RM 7.22 bilion, sebanyak RM 1 bilion atau 13.8% diberikan khusus kepada Butiran 93500 Projek Khas sahaja. (Rujuk Gambar 3) Ini satu jumlah yang besar diberikan dengan tajuk umum dan tidak diketahui apa projek yang bakal diberi dan sangat berkemungkinan tinggi berlaku amalan ‘scheme of things’ yang terkenal dalam kerajaan PN. Oleh itu, MOF dan JPM mesti mencerakinkan setiap perancangan pembahagian bajet SATU BILION itu.

8. Pada Butiran 00100 Kajian-Kajian Kemungkinan dengan peruntukan RM 55.720 juta. (Rujuk Gambar 4) Tanpa sebarang penjelasan, peruntukan ini akan menjadi persoalan yang membawa kepada banyak andaian buruk.

9. Hal yang sama dapat dilihat pada Butiran 020300 Bahagian Penyelidikan menerima peruntukan RM 67.234 juta. (Rujuk Gambar 5)

10. Ditambah pula kewujudan 3 program baru dibawah Butiran 070000 Dasar baru dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM 27.284 juta dengan beberapa penerima peruntukan dilihat akan menyebabkan pertindahan tugas tetapi diberikan peruntukan yang berbeza. (Rujuk Gambar 6)

11. Untuk beberapa butiran diatas, lebih dari SATU BILION RINGGIT boleh dipertikaikan dan diminta penjelasan lanjut. Selain desakan kita agar peruntukan JASA dan PeKT dibatalkan, kita juga perlu mendesak peruntukan umum yang mencurigakan ini diberikan penjelasan sebelum Belanjawan 2021 ingin dipertimbangkan bagi diterima atau ditolak. Tetapi, sekiranya ianya tidak dijelaskan atau dibatalkan apabila terbukti ia tiada keperluan, maka Belanjawan 2021 MESTI DITOLAK.

Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.