https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sedar guna wang rakyat beli komputer riba, Syed Saddiq mengaku hanya tunai tanggungjawab


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Usaha menyampaikan bantuan komputer riba kepada individu memerlukan masih diteruskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tidak menghiraukan pandangan negatif segelintir pihak, Syed Saddiq tekad untuk terus berkhidmat kepada penduduk Muar sesuai dengan peranan sebagai wakil rakyat.

Jelasnya, walaupun ada pihak mengkritik program bantuan komputer riba yang diusahakan, ia sedikit tidak menjejaskan semangatnya.

“Komputer riba yang dibeli semua adalah hasil kutipan daripada orang ramai yang juga mahukan anak-anak Parlimen Muar diberi kemudahan belajar.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai kenderaan rakyat. Semoga Allah rahmati semua,” katanya di media sosial.

Terdahulu, Syed Saddiq menjawab kecaman warga maya yang mendakwa dirinya cuba meraih populariti dengan menggunakan sumbangan ramai.

Sebelum ini, Syed Saddiq melancarkan kutipan dana untuk digunakan bagi membeli komputer riba kepada individu memerlukan.

Menunaikan janji dengan membotakkan kepala setelah sasaran kutipan RM200,000 tercapai, tindakan Syed Saddiq dipuji ramai kerana sanggup berkorban demi rakyat.

Menerusi kutipan dana itu, Syed Saddiq berjaya mengumpul RM383,000 sekaligus melebihi sasaran awal.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.