Anwar: Bala kerajaan tolak moratorium, pilih orang kaya
KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan kerajaan meneruskan moratorium pukal sebagai satu bala.
Ketua pembangkang berkata kerajaan dilihat cenderung mengutamakan golongan kaya selepas gagal membuktikan majoriti di Parlimen.
“Semalam saya komen kenyataan Menteri Kewangan kononnya bank rugi kerana moratorium.
“Inilah bala bila dapat pemerintah yang tidak ada keabsahan dan juga yang pilih untuk bersama dengan golongan yang maha kaya.
“Ekonomi itu harus ada sisi manusia, yang faham akan rintihan dan kepayahan yang dihadapi rakyat saat ini,” katanya.
Pemuda Umno pada Rabu menggesa kerajaan meneruskan moratorium pukal selepas bank meraih untung besar tahun lalu.
Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata laporan kewangan menunjukkan institusi perbankan negara menerima keuntungan lebih RM31.15 bilion.
Asyraf berkata, pihak bank setidak-tidaknya boleh memberikan moratorium selama enam bulan tanpa faedah kepada rakyat.
Katanya, moratorium pukal boleh dilaksanakan ketika ini memandangkan ia pernah dilakukan tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.