https://critoxium.com/shop/

Terkini

#KerajaanGagal paling tular kerana gagal urus ekonomi dan Covid-19


Punca kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai Kerajaan Gagal adalah kerana kegagalan mereka untuk memenuhi harapan rakyat untuk memerangi Covid-19 dan seterusnya memulihkan ekonomi.

Atas dasar itulah, dalam tempoh 24 jam tanda pagar #KerajaanGagal jadi trending nombor 1 di Twitter, kata anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi

“Itu signal rakyat kecewa cara PN memulih ekonomi dan memerangi Covid-19,” kata beliau.

 Sebelum ini, sekumpulan aktivis melancarkan kempen tamatkan darurat (www.tamatdarurat.com) kerana ia melemahkan ekonomi Malaysia ketika negara melawan Covid-19.

Bagi Puad, frontliners yang berusaha melawan Covid – 19 telah bertungkus lumus selama setahun.

“Sudah tentu bukan salah mereka. Mereka bertugas sehingga tinggal anak isteri,” kata beliau.

Sebab itu, kata beliau, perancangan dan dasar kerajaan yang lemah dan tidak konsisten jadi sasaran kritikan rakyat di media sosial.

Bagi beliau, prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat adalah isu utama kerajaan dikritik hebat oleh nitizen.

“SOP berat sebelah, layanan berbeza termasuk kuat kuasa yang tidak tegas,” dakwa bekas timbalan menteri kerajaan BN itu.

Katanya, kerajaan pernah disarankan supaya teruskan PKP yang ketat untuk tempoh tertentu.

“Biar virus terputus. Susah dulu, senang kemudian,” kata beliau mengkritik pendekatan kerajaan dalam menguruskan Covid-19.

Kerajaan juga, katanya, disarankan supaya kilang-kilang dihadkan operasinya kerana kluster tempat kerja jadi penyumbang besar kenaikan kes Covid.

Tetapi, katanya, kerajaan beri banyak kelonggaran atas alasan ekonomi.

“Kerajaan gagal melakukan keseimbangan antara pemulihan ekonomi dengan dasar memerangi Covid-19 yang ketat,” kata beliau lagi.

Berdasarkan vaccine tracker Bloomberg kadar vakinasi di Malaysia ialah 26,524 dos setiap hari.

Bermakna Malaysia perlu 4.9 tahun untuk capai tahap 75% penduduknya diberi vaksin. Indonesia perlu 3.3 tahun.

“Mohon KJ (Khairy Jamaludin) cepatkan vaksinasi bukan cepatkan pemilihan Umno,” kata beliau lagi kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang menguruskan pemberian vaksin itu.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.