SPRM perlu siasat Ahli Parlimen PKR lompat parti - Pemuda UMNO Kelantan
KOTA BHARU: Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh kepada tiga Ahli Parlimen PKR yang lompat parti baru-baru ini.
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, budaya lompat
parti mencemarkan nama baik kerajaan seolah-olah boleh menerima sesiapa
sahaja yang bermasalah.
“Kita
tidak mahu budaya ini memburukkan nama kerajaan, bagaikan menerima apa
sahaja asalkan mendapat sokongan balas dalam undian di Dewan Rakyat.
“SPRM perlu menyiasat tiga individu tersebut iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurutnya,
pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang banyak
menceritakan perihal dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN)
seolah-olah menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka.
Katanya, dakwaan itu amat serius kerana dimaklumkan pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia.
“Ini
secara tidak langsung menggugat fungsi sebenar PDRM yang sepatutnya
menjaga keamanan negara tetapi dakwaan ini rakyat berasa tidak selamat
dan negara akan berhadapan kucar kacir.
“Kami
menyokong penuh pendapat Ketua Pemuda kami, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki supaya siasatan segera dilakukan tanpa mengira pangkat dan
darjat,” katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.