https://critoxium.com/shop/

Terkini

WhatsApp sekat ratusan wartawan di Palestin

 


APLIKASI mesej teks WhatsApp telah menyekat berpuluh-puluh akain wartawan Palestin berikutan pertempuran bulan ini antara Israel dan Hamas, kata wartawan.

Tidak lama setelah gencatan senjata berkuat kuasa pada pukul 2:00 pagi pada Jumaat yang mengakhiri 11 hari konflik berdarah itu, dua wartawan di biro AFP di Gaza menerima notis dari WhatsApp dalam bahasa Arab yang memberitahu akaun mereka telah disekat.

Wartawan lain, di Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta Gaza, turut disekat.

Seorang kru Al-Jazeera berkata akaun mereka kemudiannya dipulihkan setelah mereka membuat aduan kepada pemilik WhatsApp iaitu Facebook.

Naib presiden Sindiket Wartawan Palestin, Tahseen al-Astall, berkata “sekitar 100 wartawan” di Gaza disekat WhatsApp mereka.

Sebagai alat melapor paling penting untuk kedua-dua belah pihak konflik, wartawan Gaza menerima kenyataan Hamas, termasuk melalui WhatsApp, walaupun pejuang Palestin telah disenarai hitam oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, yang menuduh mereka sebagai “anggota kumpulan dan entiti yang terlibat dalam tindakan pengganas”

Pusat Arab untuk Pembangunan Media Sosial berkata sekatan akaun WhatsApp bukanlah perkara terpencil.

Dalam laporan baharu, kumpulan itu, yang berpusat di kota ketiga Israel, Haifa, merekod 500 kes di mana “hak digital” Palestin telah dilanggar antara 6 Mei dan 19 Mei.

“Kandungan dan akaun dihapus, dikurangkan dan dibataskan, tanda pagar disembunyikan, dan kandungan yang diarkibkan dihapuskan,” kata laporan itu.

Sebilangan “50% laporan ini adalah mengenai Instagram, 35% Facebook, 11% Twitter dan 1% Tik Tok.

“Syarikat tidak beri penjelasan,” kata laporan itu.

“Namun, alasan yang dikemukakan kepada pengguna antara lain termasuk ucapan kebencian, pelanggaran standard masyarakat, meminta bukti identiti.”

Kami telah melihat “peningkatan terhadap hak digital rakyat Palestin” dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata juru kempen 7amleh Mona Shtaya kepada AFP.

Media sosial tetap menjadi alat penting bagi rakyat Palestin, yang kebanyakannya percaya liputan media tradisional tidak cukup menangkap realiti krisis.

Ketegangan mulai meruncing awal bulan ini kerana pengusiran keluar keluarga Palestin dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah untuk memberi jalan bagi Israel.

Serangan udara Israel dan tembakan artileri di Gaza mengorbankan 253 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih dari 1,900 orang dalam konflik selama 11 hari dari 10 Mei, kata kementerian kesihatan di Gaza. – AFP, 25 Mei, 2021.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.