https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pandangan Agong buka semula Parlimen petanda proklamasi darurat gagal - UPKO


KOTA KINABALU:
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya membuka semula Parlimen adalah petanda bahawa sememangnya proklamasi darurat untuk menangani COVID-19 gagal sepenuhnya.
 
Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, UPKO juga melihat titah Seri Paduka Baginda itu sebagai keputusan untuk menidakkan cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) sekali gus menjunjung kasih perkenan permohonan parti itu menolak Mageran.
 
Madius berkata, UPKO menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda serta Majlis Raja-Raja Melayu di atas keputusan dan titah meminta supaya Parlimen dibuka dengan segera.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.