https://critoxium.com/shop/

Terkini

YDP Agong berhak arah Parlimen bersidang - Noh Omar

 


KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong berhak mengarahkan Parlimen bersidang tanpa perlu mendapat nasihat perdana menteri berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar.

 
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Noh yang juga anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat itu menjelaskan beliau sependapat dengan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kuasa Agong untuk memanggil sidang Parlimen.
 
"Saya setuju dengan pandangan Ku Li (Tengku Razaleigh). Kalau Perlembagaan masih kuat kuasa, Artikel 55 mesti terpakai tetapi bila ada Ordinan Darurat maka Ordinan Darurat mengatasi perlembagaan maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan parlimen bersidang tanpa nasihat perdana menteri.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.