https://critoxium.com/shop/

Terkini

Polis siasat laporan mengenai kenyataan Takiyuddin

 


PUTRAJAYA:
Polis menyiasat laporan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tanpa menyatakan akta siasatan tersebut dijalankan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.
 
Menurut laporan media, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur semalam bagi meminta polis menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Seri Paduka supaya menyegerakan sidang Parlimen.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.