https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apa status komputer riba untuk PdPR dan vaksin guru?


 SAYA merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan pada 17 Julai berkaitan sesi PdPR dan pembukaan semula sekolah.

Saya ingin bertanyakan kepada Menteri Pendidikan, apakah status 150,000 komputer riba yang telah dijanji kerajaan dulu? Sehingga kini, banyak keluarga yang tidak menikmati kemudahan ini. 

Dalam kenyataan dikeluarkan kelmarin juga menyebut, sesi PdPR berlangsung sehingga 31 Ogos, lebih kurang sebulan setengah lagi.

Adakah menteri dan pihak kementerian membuat bancian terperinci mengenai keperluan gajet bagi pembelajaran dalam talian? 

Jika ada, menteri perlu umumkan apakah status 150,000 komputer riba itu. Kepada siapa, berapa banyak sudah diagihkan dan siapa syarikat atau kontraktor terlibat dalam program ini. 

Pokoknya, laporan mengenai hal ini perlu dipapar pada umum bagi menjamin ketelusan pihak kerajaan.

Peratusan guru, staf sokongan yang telah divaksin itu adakah mencapai piawaian yang ditetapkan? Pihak kementerian perlu menjelaskan, peratusan itu mengikut negeri atau secara keseluruhan? 

Dan apakah kajian dan SOP telah diperhalusi terutama bila melibatkan sekolah berasrama penuh, sekolah-sekolah khas. 

Kita tidak mahu tindakan separa masak ini akan mengakibatkan penularan kluster sekolah sekali lagi.

Yang terakhir, bagaimana pihak kementerian memastikan murid-murid dan pelajar-pelajar yang tidak divaksin ini selamat. 

Berikutan penularan varian Delta yang baharu ini, banyak kes sporadik dilaporkan. Tidak hanya di sekolah, tapi persekitaran sekolah yang melibatkan ibu bapa, pemandu bas, pembekal makanan seperti kantin dan sebagainya.

Kita harus betul-betul memastikan pelaksanaan dan keputusan ini tidak menjadi masalah baharu untuk negara. Kita sudah lihat bagaimana banyak dasar dan pelaksanaan kerajaan kini flip flop dan mengakibatkan lebih banyak masalah timbul.

* Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.