COVID-19: Nikah 'online' dibenar untuk kes tertentu - Ahmad Marzuk
KOTA BHARU: Pernikahan secara dalam talian dibenarkan bagi pasangan yang mendaftar sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan atau pasangan yang sudah lama menunggu untuk diijab kabul.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary
berkata bagi pasangan yang baru mendaftar pada waktu ini, ia bergantung
kepada keperluan dan perbincangan sebelum kebenaran diberikan.
"Kahwin online hanya dibenarkan kepada mereka yang lama mendaftar sebelum PKP.
"Yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita lihat kepada kes.
"Kalau sekiranya tindakan perlu, akan kita bawa kepada perbincangan untuk dibenarkan," kata Ahmad Marzuk.
Namun
pihaknya bimbang jika ia disalahgunakan kerana kebenaran hanya
diberikan kepada kes tertentu atau apabila tempoh PKP yang berlarutan.
"Paling penting ialah kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin online ini dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan yang sangat mendesak," kata Ahmad Marzuk.
Beliau
menjelaskan kebenaran perkahwinan secara dalam talian bergantung kepada
syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.