https://critoxium.com/shop/

Terkini

Penderhakaan Keatas Agong Dan Pembohongan Kepada Rakyat Tanpa Penghujung!


 
1. Adat tradisi Melayu melarang memasuki rumah orang melalui pintu belakang. Islam pula mengajar kita memberi salam melalui pintu hadapan, bukan masuk melalui pintu belakang apatah lagi dengan cara menebuk atap. 
 
2. Apabila kerajaan Melayu Islam PN terbiasa perangai demikian, hari ini mereka memecah berbagai pantang larang Melayu Islam, diantaranya adalah menderhaka terang terangan pada Agong dan berbohong secara terbuka pada Parlimen dan rakyat sekelian. 
 
3. Setiausaha Agong parti Islam PAS, Takiuddin Hassan berbohong terang terang di siang hari mengumumkan darurat ditamatkan pada 21 Julai tanpa mendapat perkenan YDP Agong. 
 
4. Di manakah letaknya ajaran Haji Hadi Awang Presiden PAS yang berulang kali mengesa kita mesti taat pada uli amri sebagai Ketua dan kononnya bangsa lain mesti di musuhi kerana tidak berbuat demikian ? PAS hanya tahu mengenakan ajaran Islam pada pihak lain tetapi tidak di guna pakai atas diri sendiri.
 
5. Di mana letaknya ketaatan serta hormat pada Agong dan Majlis Raja Raja sebagai ketua Agama Islam Negara yang di uar uarkan Haji Hadi dan PAS selama ini ? 
 
6. Adakah PAS sebagai parti Islam, membelakangkan titah Raja Raja di negeri negeri dengan melambat lambatkan sidang Dun terutamanya di Negeri Terengganu, negeri adanya Abdul Hadi Awang, dan Kelantan, negeri adanya Takiuddin, sementara 8 negeri lain telah lebih awal menetapkan tarikhnya 
 
7. Takiuddin sebagai menteri bertanggungjawab dalam urusan Parlimen memperlekehkan titah Agong untuk diadakan Parlimen secepat mungkin. 
 
8. JAKIM dan YADIM di bawah Dato Zulkifli sebagai Menteri Agama, didominasi oleh PAS di mana amanat Haji Hadi dengan tuduhan kafir mengkafir yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa kebangsaan dan Majlis Raja Raja Melayu dipadamkan begitu sahaja dengan senyap senyap. 
 
9. Adakah Menteri dan Timbalan Mentri PAS boleh mengatasi keputusan majlis Raja Raja dan Majlis Fatwa begitu sahaja tanpa penjelasan? 
 
10. YAB Tan Sri Mahiaddin dengan imej sering dilihat membaca doa di media perdana, ramai menjangka akan menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik. 
 
12. Malangnya rakyat hampa dengan tindakan terlibat dengan pengistiharaan tamat ordinan darurat pada 21 Julai 2021 tanpa mendapat perkenan DYMMYDP Agong dan juga ingkar melengah lengahkan sidang Parlimen sehingga Istana Negara terpaksa mengeluarkan ingatan sebanyak tiga kali. 
 
13. Selepas hanya hampir dua tahun menjadi kerajaan Persekutuan, PAS kelihatan angkuh ingin bersaing menguji pengaruh dengan Majlis Raja Raja Melayu. 
 
14. PAS kelihatan tidak cukup dengan kuasa politik sahaja dan mulai tamak cuba mencabar pengaruh serta kuasa Raja Raja pula yang menjadi ketua agama Islam. Adakah Afghanistan dan Iran menjadi model mereka ?
 
15. Petang yang sama Istana Negara mengeluar kenyataan tiada perkenan Agong untuk menamatkan darurat pada 21 Julai, YB Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS seolah olah mencabar pengaruh Istana Negara dengan cara berkonfrantasi dengan Istana menyatakan PAS berdiri teguh bersama PM YAB Mahiaddin. 
 
16. Parti Melayu Islam PAS merupakan parti paling awal berhadapan dengan Istana sementara tiada parti bukan Melayu Islam, yang PAS dakwa selama ini memusuhi Raja Raja dan Melayu Islam, berbuat demikian.
 
17. Keangkuhan PAS sudah mula menyerlah setelah mengecap sedikit kuasa di Putrajaya. 
 
18. Kepada rakyat Melayu Islam Malaysia pula yang mengharapkan kepimpinan berteraskan Islam yang telus dan beramanah, penungang penungang agama ini telah memperdayakan rakyat dengan muslihat mereka demi bergayut kepada jawatan serta kuasa dan kini bernafsu tinggi mabuk rakus kuasa ingin mencabar instituisi Raja Raja pula. Inilah yang PAS maksudkan membangun dengsn Ulama.
 
19. Rakyat Islam Malaysia juga bertanya pada PAS apa telah terjadi pada janji perjuangan RUU 355, Hukum Hudud, pengharaman judi serta arak yang tidak langsung lagi kedengaran apabila PAS telah menjadi kerajaan ? Semasa PKP pengeluaran arak dan judi di teruskan malahan bilangan cabutan judi di tambah..
 
20. Ini lah PAS yang menabur janji kesana kemari dan selepas lebih 30 tahun memerintah Kelantan, masalah bekalan air bersih makin meruncing dan dadah masih merupakan masalah amat besar di Kelantan. 
 
21. Yang paling menyedihkan, Majlis Raja Raja Melayu yang telah menyelamatkan pengharaman penggunaan nama "Islam" dalam parti Islam se Malaysia- PAS, atas desakan musuh politiknya UMNO dahulu pada tahun 1980an , telah di cabar dan durhakai oleh PAS. 
 
22. Ini adalah perbuatan angkuh setelah berkuasa yang tidak harus dimaafkan. 
 
23. Baik dalam Islam atau dalam kalangan orang Melayu, perbuatan tidak mengenang budi dan derhaka adalah perbuatan yang sukar dilupakan atau dimaafkan. 
 
24. Apakan lagi jika ianya dilakukan oleh golongan yang mengelar diri sediri pejuang agama Kerajaan Melayu Islam
 
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.