https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno mahu kerajaan sementara dengan mandat terhad

 


Umno mencadangkan penubuhan kerajaan sementara dengan mandat terhad menguruskan ekonomi dan kesihatan serta menyediakankan negara untuk pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Kerajaan interim ini terhenti bila PRU diadakan,” kata naib presiden umno Khaled Nordin.

Istana semalam menyatakan Yang di-Pertuan Agong amat dukacita susulan makluman kerajaan kepada parlimen bahawa ordinan darurat dibatalkan pada 21 Julai, sedangkan ia tidak mendapat perkenan seri paduka.

Istana berkata tindakan mengelirukan Dewan Rakyat itu bercangkah dengan persetujuan dalam majlis menghadap menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun pada 24 Julai - supaya ia dirungkai di parlimen.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagaimanapun berkata pembatalan ordinan darurat dibuat secara teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta perlembagaan.

PMO antaranya berhujah, mengikut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Khaled juga meletakkan syarat supaya parlimen mesti harus terus bersidang dan kebebasan media serta media sosial dijamin

Selain itu, katanya, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti dibentangkan di parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.