https://critoxium.com/shop/

Terkini

Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin

 


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta berkuatkuasa hari ini.

Susulan itu, Seri Paduka juga berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baru dilantik.

"Pada sesi mengghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuat kuasa pada hari ini.

"Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik," kata kenyataan yang dikeluarkan Istana sebentar tadi.

Tindakan itu, adalah selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri baru untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

"Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19,’ kata Baginda.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.